Pengalaman melahirkan anak ke empat | Syukur Alhamdulillah, itu sahaja ucapan yang terkeluar dari mulut saya sebaik sahaja hero ke 3 saya ni selamat dilahirkan. Sebaik sahaja entri blog hari Jumaat tu di “publish”, perut mengeras semakin kuat. Tapi saya tak layan sangat, sebab waktu tu tengah syok makan soto ayam dengan kawan-kawan sepejabat memang mengasyikkan ;).
Jumaat 24/7/2015, Jam 2:00 petang
Kat opis ada buat makan-makan, ibu hamillah katakan. Habis semua benda dibedalnya 🤣. Minum teh tarik, kuih lapis seri muka, puding jagung, air mangga dan jeruk Pak Ali. Tengah seronok-seronok berborak dengan member-member, saya terasan nak ke tandas nak buang air kecil. Dan terus ada tanda darah sebesar duit syiling 50sen.
Waktu tu jam 2 petang, huish nerbes sangat ni dan syukur punya kawan-kawan pejabat yang sangat prihatin, tolong memandu kereta saya sambil diikuti oleh satu lagi kereta member lain. Cayalah!!!! Sayang korang ketat-ketat!!!! Saya pulak tak lupa untuk call suami dan jumpa terus di hospital.
Bila suami sampai di hospital, urusan untuk masuk ward semua dah settle. Jem pulak sebab husband dari KL, nak ke Kota Damansara pulak kan. Sampai saya settle kan sendirilah nak masuk labor room. Waktu tu jam 4.30 petang dan sakit tak berapa kuat lagi.
Lama kelamaan sakit contraction dah mula kuat sikit berselang waktu yang lama. Sakit bersalin anak yang ke empat ni memang mencabar. Sakit berselang selama 20 minit, diikuti 15 ke 10 minit sekali sebelah malamnya. Saya tahan, tetap solat dan berdoa kepada Allah semoga ampunkan segala kesalahan saya. Minta maaf dengan mak, dan juga suami. Sakit kontraksi ditahap sederhana dan kadangkala kuat.
Sabtu, 25/7/2020
Dan akhirnya pada jam 9:45 pagi Hari Sabtu, air ketuban dipecahkan oleh doktor sebaik bukaan mencapai 5cm. Dan apalagi sakit kontraksi semakin kuat dan semakin kerap berselang 10 ke 4 minit sekali.
Sakitnya berbeza dengan 3 orang anak sebelum ni. Mak kata kembar darah memang macam tu. Tapi tak pastilah sebab saya tak pernah alaminya sebelum ni. Setelah berhempas pulas menahan sakit, sambil disabarkan oleh suami saya, dan mulut tak henti-henti membaca zikir dan selawat, akhirnya pada jam 12:28 tengahari saya selamat melahirkan putera ke2 kami dengan kaedah normal. Ya Allah bersyukur saya pada-Mu Ya Allah.
Berat baby 3.23kg, dan suami kata putih orangnya. Sebaik baby dibersihkan, suami mengazankan di telinga baby dan letakkan di dada saya. Ya Allah, tak tergambar rasa puas dan lega ibu melihat kamu. Waktu tu luka dijahit dan saya dah pasrah dan menyerah aje, sakit jahit tak peduli dah hahahaha.
Tq Allah, juga buat doktor Nurhazinat, sangat baik, dan relax aje, jahit luka pun cantik (kata suami saya 😉 ). Memang pakar sangat doktor tu dalam bidangnya. Nurse kat sini pun baik belaka ;). Syukur sangat-sangat dan terima kasih juga bua doa kawan-kawan semua ;).
Tak lupa kawan di alam maya, sekarang bermulalah sesi menjadi jaga di waktu malam setelah 5 tahun berehat dan lena tidur di malam hari. Jam loceng saya kali ni memang berfungsi dengan efisyen sekali 😉 hehehe. Terima sudi baca pengalaman melahirkan anak ke 4 saya ni.
tahniah…..bestnya dapat baby….kembar darah memang sakit…
saya anak kedua induce dan kembar darah….sakitnya Allah je tahu…huhuh
Tahniah.. Slamat berpantang ..Sama date bersalin ngan bff Amy
Tahniah jun. Jelesnya tengok orang ada anak 4 nih. Selamat berpantang. Tak sempat la nak pegi jamuan raya sabtu ni ye.
Alhamdulillah tahniah.. Selamat berpantang. Take care
Alhamdulillah.. dah selamat….selamat berpantang ye… Zie pula berdebar2 ni nak tunggu due bulan 11.. pejam celik pejam celik sat jaaa… huhuhu
Tahniah Aju Mohit… Di atas kelahiran cahaya mata.. Selamat berpantang ye…
Tahniah Aju… Selamat berpantang
Barakillahu fiekum.. tahniah aju salam peluk cium dari akak, tidak lupa juga selamat hari raya maaf zahir batin
Alhamdulillah…Tahniah aju. Bestnya bau baby. Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby.
Tapi kalau kembar darah memang bisa sket. Pernah rasa masa anak 1st.
Alhamdullilah lah yee syukur.
tahniah aju…selamat berpantang..
bestnya dapat cium bau wangi baby
tahniah…
indah nyer pengalaman melahirkan, kan?
alhamdulillah, tahniah kak hepinye dapat baby baru, camtula no pain no gain, tak sakit tak dapatla baby tu..