29/7/2015 yang lepas, adalah appointment pertama Baby Dzar dengan Dr Pria, pakar kanak-kanak di Hospital Tropicana. Hari pertama juga buat ibu dan Dzar nak keluar ambil angin luar ;).
Dapatlah kita jenjalan hari ni dik ;). Ok bukan jalan sangatlah kan, nak check tahap jaundice Dzar, biasalah baby ni kalau nak cek kuning ke tak, akan mula nampak pada hari ke 5 kelahirannya kan.
Tengok badan Dzar memang takde kuning, tapi kat muka tu ada sikitlah. Tapi tak pasti sama ada perlu warded atau tak, tapi ibu doa janganlah Dzar kene tahan wad, bukan apa faham ajelah situasi ibu bersalin dan perlu tinggal di hospital, teringat pulak anak-anak kat rumah kan. Jadi moga-moga Dzar baik-baik sahaja hendaknya.
Teringat semasa mengandung, saya amalkan minum susu kambing segar Gmilk, dan susu kambing Wildan. Moga dengan izin Allah tiadalah jaundice tu semua. Susu kambing Gmilk tu memang tak hamis dan tak berbau.
Sedap aje minum sejuk-sejuk tu. Bukan saya je suka, suami dan anak-anak pun sama, siap berebut dengan ibunya ;). Baguslah memang elok pun untuk diamalkan kan.
Tapi doktor tetap jugak nasihatkan supaya banyakkan bagi susu badan pada baby. Sebab kan baby ni kuat tidur, jadi wajib kejutkan baby kalau dah lama sangat mentidur tu. Kemain lagi dia, siang nyenyak malam berjaga ya hehehe.
Insha Allah, jika baby kerapa menyusu, segala jaundice tersebut akan dikeluarkan dari pembuangan najis baby. Alhamdulillah, jadi buat ibu hamil di luar sana, amalkanlah minum susu kambing semasa mengandung, kita usaha dan tawakal, Allah jua menentukannya. ๐
Tanniah menerima ahli baru. ๐
Alololo…comelnya baby. Apa nama penuh baby ni aju.
Tanniah menerima ahli baru.
alahai syg baby comel ๐
bertungku, jgn tak.
kesihatan di hari tua.
comelnye baby kecik, cium cket ๐