Setelah beberapa tahun guna Touch N Go, tahun ni baru ada rezeki nak pakai Smart Tag. Bukan apa sebelum ni rumah kat Sri Gombak, lalu tol Duke waktu nak pergi kerja je, itupun tak sesak mana pun kat Duke Tol Batu tu. Balik kerja pula tak lalu tol, emm jimatlah RM2 hengget kan. Lagi jimat kalau tak lalu tol, tapi biasalah kat KL ni kan memang terkenal dengan kesesakan jadi terpaksa jugalah lalu tol untuk kurangkan masa atas jalanraya tu.
Tapi sejak pindah rumah kat Subang ni, wojibulghunnah guna tol. Kalau tak nak lalu mana lagi kan. Nak elak tol, jalan sesak, lalu Tol Jalan Duta tu pun sesak nafas mak ni. Pergi kerja jam 6:30 pagi. Balik kerja jam 5:30 petang, mak aih dia punya beratur kat Tol Duta tu mengalahkan orang sesak nak balik kampung je. Pakai Touch N Go pun tak berbaloi, memasing potong lane nak cepat punya pasal. Rasa nak nanges sangat, dahla mengandung kan, memacam emosi bermain dalam diri ni tau ;). Saya tak paham sangat kenapalah tol tu giler babas punya jem, kalau pergi kerja tu, tak bayar tol lagi dah jem dah. Lepas tu ada pulak yang suka masuk lane orang lain sesuka hati, kalau bagi signal takpelah jugak, ni main himpit je macam jalanraya dia yang punya. Takpe buat kat orang macam tu, nanti Allah balas kat ko pulak kan. Hmmm geram tau!!!
Jadi saya minta kat suami, anniversary kita yang ke 11 aritu kita nak hadiah Smart Tag. Suami kata boleh!!! Yeay!! Kita tanya dia nak hadiah apa? Suami kata rasanya semuanya dah ada, dapat hadiah baby pun dah cukup buat suami. Kekekeke so sweeetttttt!!!!!! Bagus jimat duit hakak!!
Alhamdulillah hari anniversary saya dah dapat apa yang diidamkan. Masa dapat ni memang ada warranty semua tu. Dan dalam tu pun siap ada bateri tau, cuma kadnya tu dijual berasingan. Sebab saya kan dah memang ada kad touch n go sebelum ni, jadi kad tu jugak saya masukkan kat smart tag tu. Kat sini kita boleh check tahap bateri dan baki yang ada dalam kad tu. Mudah sangat ;).
Masa pertama kali nak guna, berdebar sesangat. Bawak pun perlahan je sampailah dia bunyi teetttt!!!! Bila bunyi tu terus lega sangat aihhh!!! Berdebor, punyalah jakun pakai smart tag kan hehehe, tapi pada saya pakai smart tag ke touch n go ke, sama aje jemnya kan. Cuma yang bestnya, kita tak perlu buka tingkap dan terjulur tangan nak tag kat mesin tu. So rasa best sangat jadi malas macam tu hahaha. Oklah sekian meraban hari ini.
Dapat jugak gadjet idaman ☺
Wahhh bestnya. Saya paling eksited bila guna smart tag tu. Hihi tett terus terbukak. Best kan.
mak oi..mak buyong makin nak hujung makin rancka bercerita ya heee…
Mak buyong yer …hihihi. Kat Perlis ni tak pakai smart tag tu. Belum sempat bunyi tetttt, dah sampai depan rumah
tapi kadang-kadang bengang juga, bila kereta depan sangkut. beriya beralih ke lane touch n go, baru separuh pulas stereng, kereta yang sangkut tu dah lepas tu. inilah dia kalau tak bersabar.
mr.asben aida da lama gaks beli smart tag, walaupun org melaka hi hi… but selalu travel guna highway. yes mudah. skang pun kalau nak diikutkan lane t&g pun da jem tau.
apapun tahniah 🙂
kan… memang lagi cepat & lg relax kalu ada smart tag ni. tp leceh juga kalu tetiba bateri low semacam @ smart tag tetiba mulfunction. Parah gak kalu palang x mo naik. T_T
Seronok tengok orang pakai Smart Tag.. Sebab lebih cepat nak melepasi tol berbanding guna Tourch N Go..
Sangat mudah bila ada smart tag tak perlu beratur panjang.