Saya ni walaupun tengah sarat mengandung dan hanya menghitung hari untuk bersalin, tetap juga ingin meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Mana boleh duduk rumah dan tengok orang lain bergembira meraikan Hari Raya kan. Tak sama beraya di bandar dibandingkan dengan di kampung.
Kalau diikutkan, kandungan saya ni sudah mencecah 37 minggu 5 hari. Masa balik kampung aritu kiranya tawakal aje, harap-harap baby belum nak keluar lagi. Kalau kebiasaannya saya akan bersalin pada minggu ke 38 macam tulah. So kiranya confident lah dapat beraya di kampung sambil makan ketupat rendang semua. Tapi jangan lupa ya, jika korang dalam keadaan sarat macam ni, silalah bawa kemana-mana surat check up/ buku merah dari doktor, beg kelengkapan untuk ke hospital tu pun angkutlah sekali. Diorang juga ingatkan saya jangan buat kerja dan lasak sangat, tapi saya tetap juga tolong sikit-sikit mak masak rendang ayam, daging, anyam ketupat, sebab saya dan kakak sahaja yang boleh menganyam daun ketupat tu, dan tak lengkap rasanya raya tanpa aktiviti macam ni kan. Dan saya sangat-sangat
Kami pulang ke kampung pada Hari Rabu malam, selepas saya pulang bekerja. Kerja lagi tau ;), tak ambil cuti awal sebab nak jimat cuti katanya ;). So suami jemput saya dari bekerja dan kami terus pulang ke Pahang. Saya dan suami sekampung ya, jadi tak banyak hal lah, Insha Allah ;). Jadi kami tiada masalah untuk saling bergilir-gilir untuk tidur di rumah mak ayah memasing, hahaha konon ##tangan di bahu mata ke atas. ๐
Tahun ini tema kami sekeluarga adalah “royal blue”. Saya, suami dan Adam beli baju siap aje, tapi Najwa dan Najiha saya tempah aje sebab diorang ni tinggi bangat jadi susahnya nak cari jubah saiz diorang ni. Harga upah jahit jubah dengan lace di dada untuk bebudak ni hanya RM50 sehelai, dan pada saya, murah dah tu ;). Kat KL ni upah jahit pun mahal kan.
Alhamdulillah, dapat makan ketupat rendang semua, syukurlah tiada rasa nak bersalin masa di kampung aritu. Nerbes jugak kalau tetiba nak bersalin kan, dan hospital yang terdekat adalah Hospital Temerloh yang kira-kira sejam lebih dari umah. Oklah baby kita dah puas beraya dan makan semua, so baby boleh keluar dah sekarang, hahaha Hari ni dah memulakan tugas di pejabat, wahhh mengantuknya mata ;).
selamat hari raya…tk lama dh tu nk bsalin..smoga smua dipermudahkan
Selamat Hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir batin… Berseri gambar satu keluarga memakai baju raya berwarna biru…
Salam Aidilfitri aju & family. Tak sabar nak tgk baby…hehehe…Smoga dipermudahkan olehNYA.
Selamat hari raya….maaf zahir batin…?