Alhamdulillah hari ini genap kandungan saya 38 minggu. Sakit kontraksi memang dari 5 bulan lagi dah rasa, tapi yang tu biasa-biasa je. Dan hari ni, sudah mula rasa kontraksi kuat sikit dari biasa, dari memulas kat perut membawa ke pinggang. Dan masih lagi bekerja dan memandu kereta ke pejabat huhuhu, suami saya kerja Shah Alam dan saya KL Sentral, jadi adalah menyimpang jauh untuk beliau hantar saya ke pejabat. Tak mengapa, orang kata banyak berjalan luas pemandangan, eh bukan, banyak berjalan nanti mudah bersalin kan? ;).
Dan hari ini saya parking di bawah opis ni, parking Semasa Sentral dan semestinya caj untuk satu hari dari pagi ke petang adalah RM40. Huhu sayang duit kan, tapi tak larat nak menapak dari parking biasa tu punya pasal, jadi parking bawah ajelah kita ye baby. Acaner nak jalan jauh, mengah dan kelajuan berjalan pun lebih kurang sama dengan siput je ;), jadi arini kita relax sikitlah.
Kebetulan kat opis arini ada makan-makan, maka lagi gigihlah nak ke opis kan ;). Di samping nak buat senarai kerja yang masih pending untuk di pass pada my opismate nanti untuk dia tolong sambung pulak. Setakat ni tak banyak, saya ada 2 proposal je untuk disiapkan oleh kawanku itu. Mekasih kawan, nanti kita tolong awak pulak tau, moga awak pun dipermudahkan urusan dalam berbadan dua ni. Sehati sejiwa kan, kami sebagai team member sama-sama mengandung, tapi dia bersalin bulan 3 tahun depan ;). Keep it up!!!
Saya cukup risau tetiba rasa sakit nak bersalin masa tengah jem. Mintak dijauhkanlah hendaknya. Biasanya saya ni jenis sakit lebih 5 jam barulah bersalin. Macam Adam dulu, sakit kuat jam 8 pagi dan bersalin jam 11:30 pagi. Tapi warded tu tengah malam tu jam 12 malam macam tulah. Jadi moga-moga tak sakit di pejabatlah, mana tahu weekend ni bersalin kan, wahh tak sabar!!! Sebab dah tak larat nak bawak peyut, penat….Tidur pun dah tak lena macam dulu, paling suka tidur mengiring ke kanan. Kalau mengiring ke kiri, terus rasa semput, dan kalau tidur menelentang terus sesak nafas dan sakit pinggang. Aiyoooo!!!!!
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya…
insyaallah baby dalam tu baik jer… nanti dia adjustkan time bila sesuai nak keluar supaya tak nyusahkan mommy dia ๐
Assalamualaikum.. Salam kenal Dari saya. Saya Google nak cari hiasan rak .. Mr Google kenalkan blog ni..
Terima kasih share cara nak make over rak tu. Dpt juga idea..
Saya doakan sis dpermudahkan urusan Utk bersalin nanti