November 26, 2020

Sampel lampin bayi pakai buang percuma

Sampel lampin bayi pakai buang

Ni cerita tentang sampel percuma lampin pakai buang bayi. Seawal usia kandungan sejak 3 bulan lagi, saya sudah menyemak laman-laman web berkaitan dengan barangan penjagaan bayi dan nak tengok sama ada mereka ada memberi sampel produk ataupun tidak.

Saya prefer untuk dapatkan sampel sebab nak tahu baby saya sesuai atau tak dengan jenama tu. Maksudnya tiada ruam lampin atau merah-merah di punggung. Takdelah membazir kalau dah beli satu beg diaper nanti kan ;).

Dah sampai
sampel lampin bayi pakai
Ala tomei-tomei

Cek website dapatkan sampel

Kalau ADA website yang offer sampel ni, saya akan isikan butiran yang diperlukan dan kebiasaannya saya akan memilih untuk mendapatkan sampel lampin pakai buang bayi. SUSU TEPUNG? Owh semestinya tidak, kerana saya berazam untuk susukan bayi sepenuhnya sehingga 2 tahun.

Jika sebelum ni saya dapat susukan Adam dengan susu badan selama 1 tahun 3 bulan, dan saya terpaksa campur dengan susu tepung selepas tu kerana ketakcukupan stok. Itupun dah buat saya puas sangat kerana dapat realisasikam impian saya untuk susukan anak-anak sebaik mungkin.

sampel lampin bayi pakai buang
Ini dari Huggies
Ini pulak dari Drypers
Comel je model tu

Antara jenama yang saya terima

Nak tahu apa produk yang saya sudah terima? Inilah dia sampel diaper dari Huggies dan Drypers. Saya memilih saiz S untuk berat baby dari 3-7kg dan di dalamnya ada 4 keping diaper. Manakala untuk Drypers pula adalah produk drypantz yang juga bersaiz S.

Biasalah bayi ni akan banyak cirit dalam sebulan pertama kelahiran mereka. Dan semestinya ibu akan kerap menukar lampin bayi kan? Jadi dengan adanya sampel ni, dapat menjimatkan sikit perbelanjaan diapers. Hehehhe jimat ke? Bolehla saje suka-suka nak dapat barang percuma kan.

Ada lagi sampel yang saya request dari syarikat lain, tapi nampaknya tiada respond pulak. Tak mengapalah, mana tahu ada orang nak sponsor kelengkapan bayi dan sponsor maknya pergi pakej berurut dalam pantang kan? Hmm kalau dapat memang syok bangat!!! Ok korang pun boleh dapat jugak sampel percuma ni, so kalau nak minta, teruslah terjah website diorang ya. Daaaaa

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

4 thoughts on “Sampel lampin bayi pakai buang percuma

  1. Memang seronok collect yg free ni kan..susu pun selalu jgk dpt sampel tp sll req yg step yg dh 2 thn ke atas dh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: