Set berpantang Nona Roguy dan pam susu Medela M1 | Kali ni berpantang guna barangan seminimum mungkin. Sebab mengikut pengalaman sebelum ni beli 1 set tapi tak semua digunakan. Hanya guna beberapa kerat je, yang lain tu tak sesuai dengan tuan punya badan dan last-last buang je.
Saya memang guna produk Nona Roguy semasa berpantang. Saya akan guna 3 jenis item sahaja iaitu pil phytonatal nona roguy, krim barut dan minyak urut herbanika. Kalau korang nak tahu minyak herbanika tu dah 10 tahun, tapi tak habis-habis lagi gunanya hahahaha. Bukan jimat tapi guna kadang-kadang je.
Kebaikan Phytonatal Nona Roguy
Phytonatal nona roguy ni berguna sangat dalam masa berpantang. Memudahkan para ibu untuk buang air besar. Perkara paling fobia dalam pantang adalah buang air besar. Rasa takut dan ngilu nak meneran bagi mereka yang bersalin normal.
Ngilu dan takut kalau-kalau nanti tempat jahitannya terbuka auwwww seriau!!! Tapi sebenarnya jahitan tak terbuka pun, cuma rasa fobia nak meneran tu yang menakutkan. Jadi ianya berguna ya, kalau rasa taknak ambil yang 140 biji, jadi makanlah yang 90 biji sebotol, makan 2 biji sehari.
Khasiat Phytonatal (Sumber Google)
Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan.
Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.
Cara pemakanan set berpantang nona roguy
- Bersalin Normal – Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
- Bersalin Pembedahan – Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)
Krim barut
Ini pulak dipakai sebelum pakai barut. Dan kalau korang nak tahu barut tu dah berusia 8 tahun, sejak bersalinkan Najiha. Yelah dalam pantang pakai sebulan lebih je, then simpan.
Lepas tu bersalinkan Adam inilah juga bengkungnya. Boleh siap bagi pinjam kat rakan opis, nampak tak ketahanannya tu. Dan membawa ke baby baru ni ;). Yang penting selesa dan mudah sangat untuk dipakai.
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Mengamalkannya :ย
- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.
- Menghilangkan parut dan jalur pecahan pada perut.
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Mandian Herba dalam pantang
ini pula saya beli di Moms and baby Expo Mid Valley aritu. 2 bunjut RM20 macam tu kot. Kata salesgirl tu satu bunjut ni boleh guna dalam 3/4 kali macam tu.
Dan bolehla guna 8 hari ya, lagipun orang tu pesan tak elok mandi selalu sangat dalam pantang ni. Jadi bolehla bertahan untuk 8 hari. Dan ada tambahan mandian herba yang saya beli di Mydin berharga RM14. Yang ni boleh rebus banyak kali sampai airnya jernih hehe.
Ok, param dan pilis pula adalah diturunkan dari adik saya hehe, baru ingat nak beli, kalau ada orang nak bagi, meh sini saya nak pakai. Lagipun guna dalam pantang aje kan, jadi bolehla simpan untuk generasi akan datang pulak ;).
Ok untuk cucian bahagian intim tu saya buat sendiri aje. Ambil asam keping dan garam. Larutkan dalam air panas, sebelum cuci saya akan gunakan sebagai tangas terlebih dahulu. Dan campurkan sedikit air, kemudian bila dah suam bolehla cuci di tempat tersebut ya. Insha Allah luka cepat kering, aduii ngilu bila difikirkan kan.
Ok bab pam susu pulak. Saya ada dua pam, satu manual dan satu lagi elektrik dan siap boleh caj lagi. Pam manual ni jenama Medela Harmony. Saya memang guna dari waktu lahirkan Adam dulu lagi.
Yang ni saya guna kalau ada kerja di luar dan tak memerlukan saya mencari plug point. Satu lagi boleh menyusukan baby sambil mengepam, jadi amat praktikal di situ. Pam elektrik ni pulak jenama Spectra M1, yang saya beli dari FB Baby Comey Lotey dengan harga hanya RM450 untuk double pumping.
Saya memang beli pam sahaja sebab cooler bag, botol, icepack dan lelain tu semua dah ada dan ada yang orang bagi pun, jadi jimat duit kekeke. Kalau masa Adam dulu saya boleh susukan secara eksklusif tanpa susu formula selama 1 tahun 3 bulan, dan selepas tu campur selama umurnya 2 tahun. Jadi harapan kali ni saya harap saya dapat susukan baby secara eksklusif sampai umurnya 2 tahun, ameen. Jadi belanja pam susu tu kalau dikira-kira begitu menjimatkan dari beli susu tin setiap bulan kan, Insha Allah.
mandian herba ni best. Ada tip yang dibaca, titik 2,3 essential oil lavender untuk calming effect – baby bau pun tenang2 je ๐
SeronoknyA…
aduhai best nyer berpantang.
what a very special moments utk ibu2…
selamat berpantang ye ๐
Senang bila dah ada pek mandian herba tu …tak perlu susah nak gi petik pucuk itu ini . Orang zaman sekarang beruntung, tak perlu bersusah payah macam mak kita dulu-dulu kan Aju ๐
Tak pernah try produk NR lagi. Next baby mungkin…erkkk…hehehe…
Rindu nak mengepam. Tapi pam susu tu memang better ada 2. Kalau 1 rosak boleh back up. Kita pakai avent manul dengan medela swing.
time pantang macam2 beli, last2 memang pakai sikit je atau tak usik langsung huhu…tapi memang pentingla jage betul2 time pantang ni, yang penting nak cepat sihat dapatla buat keje umah n jage baby baik2…