Amboi tajuk, apalah yang dinginkan dan dingidamkan sangat tu ye kekdahnya???
Ha inilah dia yang saya duk teringin sangat tu, lama benar mencari susah benar nak bertemu dengannya. Tahun lepas tak cari memang sokmo jumpa aje. tahun ni bila cari tak menjumpa pun, puas bertanya sana sini, nak beli online kos posnya aje dah RM20, boleh dapat sebalang kuih raya. Jadi diamkan aje hasrat nak makan kuih ni, sampailah kawan opis saya jumpa biskut ni kat bazar area opis ktorang ni. Saya ni mana larat nak berjalan dah, minggu ni kandungan saya cukup 35 minggu kata ko!! Jadi jalan pun dah serupa hape je kan, tak larat kaki ni nak menampung badan dan perut ni ;).
Alhamdulillah tertunai sudah keinginan tekak ni ha. Bukan saya nak makan, tapi baby yang nak rasa, orang kata kalau tak dapat nanti meleleh airliur baby ni ha. Jadi tunaikan ajelah hehehe. Biskut ni namanya, harganya RM25 tapi rasanya tak sampai pun 40 biji sebekas ni ha. Takpe, janji lepas kempunan ni ha kan. Saya suka biskut ni sebab ada inti coklat kat dalam dia tu. Rasanya pun boleh tahan sedap tau!! Pandai orang ni buat kuih ni. Berbaloi dengan harganya.
Jadi sebelum bersalin dan berpantang ni, saya cuba usahakan makan apa yang saya teringin tu. Aritu teringin nak makan kek keju lobak, kakak ipar saya buat, hmmm sedap!!! Dah settle bab tu, ni biskut rasa pulak, dan dah dapat pun rasa. Dan tekak ni teringin nak makan kuih tepung pelita Paya Jaras. Memang setiap hari suami belikan hahahhaha. Duduk pula area berdekatan Paya Jaras, jadi memang tak susah mencarinya, lagipun diorang dah buka banyak tapak bazar ramadhan kan, saya yakin korang pun mesti suka jugak kan.
Oklah jadi tahan nafsu ye baby, lepas ni jangan mintak yang lain pulak ya. Cukup-cukuplah mengidam ni, lepas ni kita raya, makan sepuas-puasnya sebelum berpantang huhu…Doakan saya mudah bersalin dan baby selamat dilahirkan ya, Insha Allah.
P/S: Saya dah tinggal puasa sehari sebab kontraksi tak henti-henti selang 5 minit. Rasa macam nak bersalin dah, masa tu 34 minggu, terus minta izin kat suami nak berbuka, dan terus minum. Ya Allah, syukurlah selepas 40 minit tu, kontraksi pun hilang. Wahh berdebar ibu tau baby…
bestnya tengok biskut raya ni… Jarang saya dengar ada orang mengidam nak makan biskut raya… Yelah cara orang mengidam lain-lain… Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah.. Dah dapat apa yang diidamkan… 😉
Jangan dimain orang preggy mengidam XD Semoga dimudahkan urusan masa nak bersalin ya.Biar cepat dan rilek je, insya Allah
yes kuih ni sedap. sebab ada cekelat kan dlm dia 🙂
baby lapar tu hi hi hi. ibu nyer da makan, baru dia diam dlm perut 🙂 clever!
Sedap plak tgk biskut tu.
wow best sangatlah tampilan biskuit…sedap di tengok biki lapar
Kuih ini memang kegemaran suami ibu. Kuih dari belanada ni aju. Sedap kan