Kalau bercakap pasal tudung, nak tanyalah, tudung jenis macamana pilihan korang? Tudung bawal? selendang? tudung instant? tudung pusing kiri kanan? tudung dua muka? Jangan talam dua muka sudahlah ya ;). Sekarang kalau tengok di pasaran penjualan tudung terkini semakin meluas kerana permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan wanita yang berhijab atau kini turut dikenali sebagai hijabista. Tengok waktu raya pun cukuplah, berjenis tudung yang ada dengan pelbagai warna, meriahnya raya ;).
Namun begitu, bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai. Tapi perlu diingatkan ya, nak bergaya bergaya juga, tapi syariat agama dan batasan berpakaian perlu dijaga, takmolah bertudung tapi pakaian ketat dan sendat, takmo ya, salah dah caranya tu.
Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi. Sentuhan yang diberikan membuatkan headscarf kini lebih popular dan trendy.
Sejak beberapa kebelakangan ini kita dapat lihat ramai selebriti wanita di Malaysia yang telah mula mengenakan hijab dan antaranya adalah selebriti popular Neelofar. Pelakon kegemaran ramai ini telah muncul dengan koleksi jenama tudungnya yang tersendiri.
Jenama tudung terkini Naelofar membariskan koleksi The Majestic Love yang mana telah menemui para peminat fesyen sejak Hari Raya yang lalu. Amacam cantik tak? Kalau korang pakai tudung ni lagi cantik tertarik, kau memang da boomm!!!
Koleksi hijab Naelofar menampilkan rekaan yang sangat menarik dan segar. Ianya membolehkan anda menggayakannya sesuai dengan cita rasa dan personaliti. Tudung Naelofar juga sangat mudah untuk digayakan dan dipadankan dengan hampir apa sahaja persalinan pilihan anda. Padanan di atas ini dan berikutnya dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea bagaimana untuk menggayakan tudung Naelofar dengan persalinan kegemaran anda.
Di atas ni adalah variasi cara pemakaian tudung ini. Cuma kalau rasa singkat di bahagian dada, bolehla tarik ke bawah sikit untuk menutup bahagian tersebut. Ingat!! Bertudung bukan untuk berfesyen, tapi adalah untuk menutup aurat dan mengikut syariatnya ya. Berminat untuk dapatkan koleksi tudung Naelofar yang terbaru? Anda boleh kunjungi butik tudung Naelofar ataupun buat sahaja pembelian secara online menerusi butik fesyen Muslimah online!
Semalam ada sorang kawan sekerja akak pakai tudung ni… beli online kat Zalora katanya. Memang sweeeeet sangat Aju
Cantik juga cara penggayaan sebegini. Satu marketing strategi yang bagus
boleh kongsikan x butik fesyen muslimah online tu, nak cari mcm x jumpa, zalora ada la
ok laa boleh tahan tudungnya..hehe
aida x pakai shawl.
so memang x beli la 🙂
Senang pakai shawl ni..banyak fesyen boleh buat, pusing sana, pusing sini..tengok je kat youtube, banyak tukang ajar