Ate ada ke yang merindu nak baca entri kita yang baru??? Hahahahah hengat fofular sangat ke sampai ada yang tak bleh tidur kalau tak baca blog ni ;). Oklah setelah sekian lama mendiamkan diri, almaklumlah dalam pantang, kalau hebat sangat berblog kang kene bebel dengan mak pulak kan. Apokobondo duk mengadap handphone je tu? Bawak-bawaklah berehat, tidur, malam kang nak berjago!!! Yelah mak, biasalah si Dzar Harith ni, malam kang 2/3 kali bangun menyusu, lama pulak tu.
Jadinya memanglah kene berjaga malam sementara nak menunggu dia menyusu, tapi kan kita dah bagi dia susu sambil mengiring. Ha dapatlah maknya mentidur sambil si Dzar menyusu. Tapi mak saya pesan, tengok-tengok kan juga Dzar tu, risau lemas sebab dia tak pandai nak bergolek-golek lagi kan. Abis tu bila dah lena tidur memang tak sempat pun nak menjeling si Dzar tu ok ke idok, hehe harap-harap baik-baik ajelah kan.
Hari ini hari ke 21 usia Dzar Harith dan berpantang saya. Lagi 23 hari lagi nak menghabiskan tempoh berpantang dan melepasi aktiviti memakai bengkung, berstokin dan bertungku. Tapi kalau ikutkan hati nak berpantang 100 hari, taknak minum ais, jangan makan pedas, jangan makan makanan yang sejuk dan berangin. Sebabnya, Alhamdulillah saya masih menyusukan Dzar sepenuhnya, dan berharap dapat meneruskannya sehingga usianya 2 tahun Insha Allah. Tapi sebenarnya, memang elok pun amalan bertungku, berbengkung, pakai minyak panas, dah kata nak kuruih sangat kan, abis cemana kalau itupun taknak buat, bila kala lah nak kurus ye dak.
Ok nak cerita tentang hari lahir saya ๐ pada 5/8/2015 yang lepas. Masa tu berpantang lah ofkos, jadi ingatkan suami saya tu takdelah nak sambut bagai. Rupanya tidak, tq buat suami sebab balik-balik kerja je belikan saya kek, banyak kali dia tanya hadiah apa yang saya nak untuk birthday kali ni? Saya pun tak reti nak fikir apa hadiah saya nak. Kekekek boleh gitu? Sebenarnya wishlist tu panjang berjela, kengkonon je cakap takde nak apa-apa kan, suci sangat ;).
Kalau boleh bang, aju nak handbag baru, tudung baru, sandal baru, seluar baru, hahahaha dalam pantang kerjanya asyiklah window shopping. Tengok itu nak, tengok ini pun nak. Haishhhh bawak-bawak bersabar. Kalau ikut nafsu memang semua pun nak beli kekekek, nak plak sekarang ni diorang buat sales kan. Hmmm sib bek lah banyak stok dah abis, kalau ikutkan hati memang beli dah tu ;). Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni baik simpan-simpanlah duit tu untuk keperluan yang lebih penting kan. Orang kata baik beringat sekarang dari merana kemudian, maklumlah banyak komitmen hutang sana sini.
Tak lupa juga tq buat Nuffnang sebab bagi kita hadiah berderet CPUV Campaign. Walaupun sehari dapat 5 ke 10 sen jer, jerrrrrrr, namun itupun dah cukup menggembirakan acik hahahah. Bolehla sesikit lelama membukit katanya ;).
Selamat hari jadi buat ajumohit, semoga panjang umur dengan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki selalu.
hepi belated birthday aju..semoga sihat dan bahagia selalu..
Alaa..xbest la sambut time pantang sbb xleh balun mkn kek bagai kehkeh..tapi mmg suwitt sgt ada surprise kan walau dlm pantang:)
So sweet. Sedapnya kek tu โบ