###Mood happy is on
Alhamdulillah, biasalah dalam berpantang ni sememangnya banyak masa terluang. Nak pulak baby waktu macam ni memang kuat susu dan kuat tidur. Jadi bila ada kesempatan saya akan join mana-mana contest yang bersesuaian dan sememangnya mudah untuk disertai. Kalau memerlukan saya pos borang peraduan semua tu memang idokle, saya hanya join contest online dan yang tak perlu saya menagih bilangan like dari kengkawan. Cukup tak suka syarat cenggitu ;).
Kebetulan selepas raya ni memang banyak kot contest yang melibatkan gambar-gambar semasa beraya aritu kan. Tetiba teringat kami ada ambil gambar sekeluarga yang boleh dikatakan ceria jugalah. Walaupun waktu ni badan saya bagai dipam-pam, namun masih ada hati juga nak berposing begitu kekdahnya ;). Suami saya sporting giler, padahal saya ni pemalu kihkihkih…
Layankan ajela. Makanya terhasillah foto kami sekeluarga ni. Kiranya asal ada contest foto raya, inilah satu-satunya gambar ceria yang saya hantarkan ;). Nampak syarat peraduan di Bausch Lomb Malaysia ni, mudah kan? So tanpa buang masa saya pun sertainya, dan tanpa disangka saya adalah pemenang tempat yang kedua, wahh cik Jemah, merasalah nak pakai cosmetic lens color-color, walaupun tak pernah pakai lens kan, namun merasa jugalah. Ingatkan nak hadiahkan lens ni pada suami, bila tengok rupanya cosmetic lens dengan warna-warna ceria, takkan nak bagi en somi pakai jugak kan??? Wah gittew nanti jadinya hahaha ;).

Syukur Alhamdulillah Walaupun ianya cosmetic lens, rupanya masih ada power ya. Baguslah untuk saya yang sememangnya rabun ni. Dan selain dapat lens, dapat pula baucer dari Glance Photography Studio bernilai RM400. Syukurlah, bolehla posing sekeluarga dengan baby baru ;), dan untuk pengetahuan korang, nak bagitau hari ini adalah hari ke 11 berpantang.
Oklah pada korang yang nak tahu tentang cosmetic lens ni, tips tentang penjagaan dan pemakaian contact lens dengan betul silalah like page FB https://www.facebook.com/lacellemy ya. Wah lepas ni #birumatahitamku ;).
tahniah
Tahniah Aju … rezeki baby Dzar ni
tahniah aju
tahniah ๐
rezeki bulan syawal…
x pernh try masuk constet
Tahniah aju.