Alhamdulillahhhhhh
Sudah 30 hari.
30 hari umur Dzar Harith.
30 hari berpantang.
30 hari Dzar minum susu ibu sahaja.
Pejam celik pejam celik rupanya dah cukup 30 hari ya. Hmmm adalah tak sabarrrr nak menempuh semua ini. Untuk pengetahuan, Dzar memang menyusu badan je. Syukur ada rezeki untuk Dzar minum susu ibu dan semoga ianya berterusan hinggalah umurnya 2 tahun.
Kalau tengok stok susu, tak sampai 30 bungkus pun. Bila dihitung congak ada 22 bungkus dan mengandungi susu EBM dari 2 oz ke 4 oz setiap bekas. Syukur Alhamdulillah juga sebab Allah permudahkan usaha ibu untuk sentiasa bersemangat untuk mengepam.
Yang penting, air suam 3 liter sehari. Risau perut buncit? Insha Allah kalau konsisten pakai krim barut dan berbengkung, idokle nampak macam mengandung lagi perut tu. Jangan takut untuk minum cukup air, kalau tak mana nak dapat susu secukupnya.
Dan jangan sesekali fikir takde susu, sebab Allah dah tetapkan rezeki untuk baby dan yang penting kita kene usaha ke arah itu. Itu semua psikologi kan, kalau kita positif memang hasilnya pun positif. Tapi kalau kita dah usaha dan memang tiada rezeki jangan bersedih ok, janji kita dah buat yang terbaik kan ;).
Sepanjang berpantang 30 hari, Alhamdulillah juga Dzar tidak meragam malam. Selalunya saya akan kejut Dzar pukul 5/6 petang, main-main dengan dia jap, kakak-kakak dan abang dia memang baru balik sekolah time tu, so suka kiss adik dan dukung adik, mana orang tu tak berjaga kan. So bila dah berjaga tu, dia akan tidur semula jam 9/10 malam.
Itu akan membawak ke pagi. Tapi!!! Dzar akan bangun 3 kali, 12 lebih, 2 lebih dan jam 5 pagi. Hmm bagus-bagus sebab menyusu at the right time dan kerap. Bagus sebab kalau nak harap ibu ko bangun sendiri memang takla. Ada satu malam tu saya tidur membelakangkan Dzar, tengok-tengok dia dah hisap baju saya. Nasib baik tak kene hempap si tecit tu. Emmm geram!!!
Yelah 5 tahun takde anak kecik, memang suka sangat dapat si baby ni. Saya pulak rasanya lebih matang dalam berjaga malam hehehe, kalau dulu rasa nak nangis sebab tak cukup tidur, sekarang ni redha je ;).
Penyeri hidup kami sekeluarga, dan kakak-kakak ni pun dah boleh harap nak pegang adik kalau ibu gi toilet, makan hmm oklah tak risaulah ibu bila wan diorang dah balik kampung. Dan tak lama lagi, ibu akan mula untuk buat semua kerja rumah seperti sediakala huhuhu. TQ mak!!!
Berat saya? Waktu mengandung 9 bulan tu berat saya 75kg, masa bawa Dzar gi klinik untuk check jaundice dia dulu tu, bila timbang, hmm 66kg ko!!! Banyak juga turun kan, 9kg tu.. tapi kan 6/7 kg more to lose, sekarang ni tak tau la berapa berat saya ni. Huhuuhu.
Saya stop dulu makan jamu sebab takut panas dan baby tak tahan berak-berak pula. Insha Allah minggu depan saya nak mula makan Phytonatal Nona Roguy dan harap-harap bolehla turun lagi berat badan ni ;).
dalam berpantang sempat juga update blog..memang berjiwa blogger betul he..he..
Tahniah aju…berjaya bf dzar….
Tahniah!. dah besar dah anaknya. sekejap masa berlalu
Ala comelnya Dzar Harith. Dah 5 tahun tak pegang baby, mesti rasa teruja kan. Keep on pumping, chaiyok!!
BFmemang bagus untuk ibu dan anak … anak sihat cerdik, ibu slim melim … ๐
Dh lm x dtg sini. Dh ada bby kecik rupanya. Bau syurga tuh. Wangi.
alahai syg.
teringat dulu, time anak2 menguap, saya suka hidu nafas diorang ๐
masa baby ler hi hi hi…