Tukar Pelan Celcom dari P148 ke First Basic 85 | Sebenarnya kalau diikutkan saya ni dah lebih 7/8 tahun menggunakan perkhidmatan talian telefon Celcom ni.
Setia tak kita?
Hmm Celcom kene bagi ganjaran tau untuk pelanggan setia macam saya ni. Tapi setakat ni ##apapuntakde huhuhu. Takpela Celcom, nak buat acaner kan, asal boleh dapat line kat kampung pun oklah. Selama ni saya guna pakej pelan P148 yang mana komitmen bulanannya adalah RM150 ++ termasuk GST semua tu. Data internet adalah 5GB dan panggilan untuk 50 jam. Yang ni pakej korporat sebenarnya.
Tapi saya rasa macam membazir kot bayar mahal macam tu tapi panggilan telefon tidaklah sebanyak yang dalam pakej tu. Sekadar telefon mak dan adik beradik tu, berapa jam sangat je sebulan kan?? Dan penggunaan data internet 5GB tu memang habislah ofkos dan kekadang tak sampai hujung bulan pun.
Sekarang ni kan banyak pelan data baru yang diperkenalkan Celcom, yang mana sebelum ni pakej First Basic 38 Plan. Dengan hanya RM38 sebulan anda menikmati Data 3GB dan Celcom Wifi 3GB, 50 SMS untuk kesemua telco dan 50 minit panggilan kesemua telco. Tapi saya ada tanya pihak Celcom, katanya promosi ni dah berakhir pada 17/7/2015 yang lepas, ala melepassss…
Dan lepas tu tanya pihak Celcom, apa pakej terbaru sekarang ni? Katanya First Basic 85. Dan korang boleh tengok perinciannya di bawah ni.
Siap ada optimiser lagi, dah rasa macam transformer optimus prime pulak kekekek. Apapun pakej ni sebenarnya lebih kepada, sama ada korang ni pengguna internet tegar ataupun bergayut tegar?? Contohnya kalau korang guna internet tu dah lebih dari 2GB jadi automatik dia akan topup 3GB data internet korang untuk penggunaan seterusnya.
Dan kalau tak habis guna data internet ni bolehla bawak ke bulan depan, maksimum 2GB sahaja. Sebaliknya, jika korang suka bergayut dan lebih dari 100 minit tu, automatik korang akan dapat 600 minit dan 600 sms dengan komitmen hanya RM85 sebulan. Dia salah satu je tau, tak boleh dapat dua-dua (internet dan minit berbual serentak – tak boleh), faham tak ni?. Kalau tak faham call celcom sendirik, kalau tak paham jugak lantak koranglah ahhahaha.
Dan kalau nak tukar pelan ni silalah ke cawangan Celcom, Blue Cube atau CXP. Saya aritu buat di CXP kat Ikano Power Centre. Korang katalah nak tukar pakej ni dan kene isi borang, lepas tu kene bayar upfront RM90.10 (termasuk GST) dan dalam masa 2 jam line korang akan digantung sebentar dan selepas tu bolehlah off/on telefon tu. Dan bolehla guna line tu sampai lebam.
Setakat yang saya guna ni memang pelan ni berbaloi. Sebab kita boleh tahu baki untuk panggilan telefon dan penggunaan data internet dengan menyemaknya secara sms percuma dengan hanya taip BAL STATUS dan hantar ke 28882. Dan data internet tu pulak tak seperti pelan yang saya guna sebelum ni yang mana cepat aje abis datanya. Yang pastinya seronoklah sebab komitmen bulanan dah berkurang dalam RM60 macam tu. Bolehla buat belanja makan Jemah pulak kan hohoho.
(Ini bukanlah entri berbayor Jemah hoii)
Salam Hormat.
Bestnya pakai celcom. Bila lah nak merasa… huhuhu 😛
Akak dari dulu still now masih dengan Celcom … patut dapat rewards jugak hihihi
Pernah sekali ja pakai celcom, tak berapa nak ngam kot…
sekarang guna Broadband Maxis untuk 4 GB kos RM60 kira ok..cuma cepat kuota habis kerana laju bak roket
Saya sempat belikan adik saya pakej 38 tu…tambah gst rm42 kot saya bayar…dulu untuk talian telefon, saya dengan celcom, sekarang tak lagi, saya bertukar ke redone☺
Saya pulak tukar plan Digi dari plan 88 kepada plan RM28 sebulan, dapat 1 GB internet. Berbaloi la jugak sebab plan tu dgn nombor sekali tinggalkan kat mak di Kelantan. So dia guna internet untuk Facebook dan shopping online pun tak habis 1GB.
skrg celcom magic memang best ,speed pun laju…