Umum Khasiat minum air kunyit, halia dan madu September 17, 2015

Spread the love

hai uols!!!

Owh kay, hari ni saya nak kongsikan air minuman dalam pantang ya, walaupun pantang dah berlalu, tapi baru boleh nak minum air kunyit dan halia ni. Yelah awal-awal tu risau baby jaundice, makanya dah 52 hari selepas bersalin ni baru boleh nak minum.

BACA —> Pengalaman anak jaundis

Lama pulak ye jarak masanya. Korang jangan ikut macam saya ya, patutnya minum seawal mungkin. Saya ni je malas nak buat kan, makanya hantam sajalah labu!!

Bahan-bahan untuk air kunyit dan halia

Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok mula-mula carilah kunyit dan halia kat celah-celah dapur korang tu.

Takde? Pegilah kedai beli, seeloknya dapat kunyit muda baru elok sikit kot. Takdelah kuning sangat macam saya punya ni. Saya guna kunyit dah tua, dah macam nak masak lemak cili api pun ada rupanya tu.

 tips untuk kurus

Nampak pisau tu? Kegunaan dia untuk buang kulit kunyit dengan halia tu. Ok dah buang kulit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.

Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.

Masukkan sedikit madu

Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman ala-ala jamu untuk kesihatan badan. Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin.

Salah satunya untuk kecutkan rahim kita, buang angin, melangsingkan badan dan juga banyakkan susu badan, i like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya.

Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!

Sedia untuk diminum
Memang terbaik!!!

Ok siap minuman kesihatan untuk hari ini. Saya terbaca tak elok minum selalu air kunyit ni, nanti cepat monopose, tapi sahih atau tidak itu saya tak pastilah.

Korang nak tau? Sedap tau rasa dia ni, yelah dah campur asam jawa dan madu, jadi ada rasa pahit, masam dan manis. Dah boleh buat tajuk drama tv pulak hihi, oklah tu je babai!!!


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

16 Comments

  • sabree hussin posted on September 17, 2015 at 12:06 pm

    Dah ada air kunyit dah tak perlu ambik jamu dah ya
    sabree hussin recently posted..Panduan buat duit online untuk orang yang baru nak bermulaMy Profile

    Reply
  • Nurul posted on September 17, 2015 at 11:48 pm

    Nak sihat, telan aje lah kann 🙂

    Saya prrnah minum kot air halia kunyit madu ni lepas berurut kat spa. Sedap minum time panas suam-suam kuku. Terus rasa cergas lepas tu..ceh.hehehe
    Nurul recently posted..Tingkatkan sistem imun dengan NutriferonMy Profile

    Reply
  • Raihanah Ahmad posted on September 18, 2015 at 2:15 pm

    amik air kunyit time lepas pantang dulu kejap
    Raihanah Ahmad recently posted..Soya Penyebab Mukus / Kahak?My Profile

    Reply
  • Bahrain posted on September 18, 2015 at 2:44 pm

    sebut air kunyit terus loya tekak. hahaha
    Bahrain recently posted..Pelajar Kena Tangkap Disangka Bawa Bom Tetapi Sebenarnya Jam Buatan SendiriMy Profile

    Reply
  • zara posted on September 18, 2015 at 6:52 pm

    berpantang anak pertama dan kedua minum aor ni..mak biat..kalini memang tak buat air halia dan kunyit ni..sebab berpantang sendiri takde orang paksa itu ini..betul tu rajin tak rajin je..
    zara recently posted..10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Di BangkokMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on September 19, 2015 at 4:41 pm

    Huhu../agaknya boleh telan ke tidak tekak saya ni ekk.. ahaha…

    Reply
  • cara daftar unifi posted on September 19, 2015 at 6:22 pm

    alamak..nampak macam madu lah plak…

    ok la 2,baru 52 hari..ehehe
    cara daftar unifi recently posted..Daftar Unifi OnlineMy Profile

    Reply
  • ringantangan posted on September 20, 2015 at 6:58 am

    Hmm… Kagum dengan ibu-ibu, dah la sakit bersalin, berpantang pula makan resepi yang tidaklah sedap. Tahniah ibu-ibu.. 🙂
    Air kunyit? Hebat!
    ringantangan recently posted..Cerita Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan kambingMy Profile

    Reply
  • titan posted on September 26, 2015 at 10:36 pm

    dulu selalu minum.

    sekarang ni..selalu juga minum.

    hehe..
    titan recently posted..Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.My Profile

    Reply
  • huda posted on September 29, 2015 at 11:15 pm

    oh air kunyit…memang menu wajib mak2 berpantang…
    huda recently posted..Lecithin Shaklee Untuk Kurus Dengan Murah,Berkesan Dan SelamatMy Profile

    Reply
  • zaidasuper posted on November 15, 2016 at 8:37 am

    Kalu org yg blom kawen boleh minum ker?kikiki

    Reply
  • Noriza Rahman posted on February 4, 2017 at 3:22 am

    Arwah mak dulu memang paksa minum air kunyit dengan gula kabung. Telan juga lah sebab nak sihat dalaman kan
    Noriza Rahman recently posted..Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit. Itulah Rezeki yang BerkatMy Profile

    Reply
  • Uncle Zuan posted on March 4, 2017 at 10:41 am

    tak susah nak buat pun nampaknya. banyak juga nak kena tau lepas bersalin ni ye. good info for me 😉
    Uncle Zuan recently posted..Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo BangiMy Profile

    Reply
  • Zulaiha posted on July 25, 2018 at 8:09 pm

    Saya makan madu letak kunyit dan halia. Tapi muntah muntah. Normal ke? Pasal perut saya banyak angin bila berpantang

    Reply
  • Aienienka posted on August 7, 2018 at 7:13 pm

    Acik, kalo bf boleh minum ke? Anak dah dua bulan. Kalo boleh mggu depan nak buat. Haha

    Reply
  • Angela posted on March 22, 2019 at 9:59 pm

    Kunyit la bah juga Minuman kegemaran sy…

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge