Haii
Pejam celik pejam celik, alaaaa lagi 2 minggu nak mula kerja. Sekejapnya masa berlalu, tak puas lagi nak bercuti dan bergomol dengan baby Dzar. Mesti rindukan rutin pagi kami berdua.
Hari ke 49 usia Dzar, matanya dah nampak orang di sekeliling, tapi masih belum jelas, saya fikir. Sebab kami kat keliling dia ni dah buat macam-macam aksi, tapi Dzar masih tak senyum tapi sesekala senyum lepas tu mata dia lelap tidur ;). Kamilah duk senyum dan gelak sakan, Dzar wat dekk jer ;).
Yelah masih belum jelas lagi penglihatannya, ke dia pun x reti nak buat apa tengok aksi kami macam tu agaknya kan. Pipi makin tembam, badan tak berketak-ketak tapi barut newborn sudah tak muat lagi.
Ibu yang belek kamu hari-hari pun tak perasan kamu dah makin bulat, bila barut tu tak dapat nak tampung kat badan baru sedar, lohai anak ibu dah berisi ya. Bila dukung tangan kami lenguh, tak pastilah berapa kilo beratnya sekarang ni. Masa lahir tu 3.23kg, umur 30 hari dah 4.1kg, wah teruja tengok perkembangan anak ibu ni.
Suami pun dah pesan, ajar Dzar menyusu botol nanti peristiwa lama berulang kembali. Waktu tu masa Najihalah, saya lambat ajar minum susu guna botol. Beberapa hari nak mula kerja baru ajar botol. Emmm melalak sakanlah anak ibu tu.
Sayalah serba tak kena kat pejabat, syukurlah pengasuh lama tu jenis cerdik, bagi minum guna syringe, hmmm itulah dilema anak menyusu badan. So bila dah ada pengalaman macam tu, saya pun dah tau macamana nak adjust masa untuk diorang ni menyusu guna botol.
Yelah tak kuat betul bila tengok baby menangis ni, kita pun rasa nak nangis sama. Adam pun dulu ok je, sumbat apapun minum je. Saya gunakan puting botol NUK berwarna coklat ni sebab ianya lembut sikit berbanding yang warna putih jernih tu.
Pertama kali cuba, melalak sakan juga Dzar masa disuakan botol ni. Puaslah pujuk, takmo dia, tolak-tolak pakai lidah dia je puting tu. Last-last kakak Alia yang tolong susukan adik. Abislah 1 oz je, tapi pastu meraung lagi tak puas nyusu, datangla ibu menyelamatkan keadaan ;).
Lepas tu, saya cuba lagi. Kali ni saya guna susu badan yang baru diperah. Sebab sebelum tu saya guna susu perahan beku yang telah dicairkan dan dipanaskan. Saya letak 1.5oz susu dalam botol tu, sebab sayang pulak kalau letak banyak nanti tak habis kan.
Hamboi susu yang segar tu cepat betul dia minum dan habiskan. Tapi memula dia tolak juga puting tu, dan bila pujuk-pujuk akhir sekali dia minum juga. Saya pula suakan susu tu selepas Dzar mandi dan memang tengah lapar ;). Jadi rembat ajelah kan dik.
Syukurla dik nak minum botol, kalau tak risau ibu nanti. Stok susu pun Alhamdulillah sentiasa ada, yang penting pam, minum banyak air, jaga pemakanan dan istiqamah. Insha Allah Allah permudahkan usaha penyusuan ibu nanti.
Anak MV masa duk dalam pantang ja minum susu guna botol, lepas tu tak mau dah..
Teringat masa nak tukarkan anak ke susu botol dulu sebab terdesak kena attend kursus…. alahai meragam habis dibuatnya
ha…lawa puting dia nak satu boleh hee…
Comelnya baby. Anak saya dua-dua tak nak menyusu botol, syukur, isteri surirumah sepenuh masa. 🙂
Memang ibu yang berkerjaya kena ajar baby menyusu botol cepat supaya mudah baby menyesuaikan diri nanti
Memang nak kena ajar awal² menyusu botol nih. Alahaiiii…tembamnya pipi tu ☺
Lepas dah ajar minum susu dengan botol, dah tak perlu susu badan lagi ke? Ke macam mana?
Tuan Sabree, anak-anak masih menyusu badan. Susu badan dimasukkan ke dalam botol ketika ibu keluar bekerja.
Satu lagi ilmu baru buat saya, terima kasih ya kongsi artikel santai ini
comelnya baby, kiut miut
betul3..bukan senang nak biasakan baby dengan botol..biasanya saya mula 2 minggu sebelum bekerja..tapi kalini nak cuba mula awal insyaAllah..saya pun guna puting nuk orthodontik..tp saya ambil yang silicone tu kaler putih jernih..kalini dah beli botol..nuk juga tapi widemouth..harap2 dipermudahkan..semoga dipemudahkan untuk baby saudari juga ya..
Anak saya pula memang tak nak botol walaupun disua oleh suami dan mak saya. Takde bau kot..tu yang tak nak 🙂
Saya memang harapkan pengasuh untuk ajar anak-anak hisap botol. Mujur pengasuh memahami anak-anak yang bf ni.
beratnya..anak saudara aka cucu sulong still dalam 3kg walaupun dah 3 bulan
comelnye baby kecik, alahai rasa nak mengandung lagi…
dzar good boy.
pasti ok la 🙂