Syukurlah Allah permudahkan segala urusan, dan semoga pengasuh baru ini nanti dapat mengasuh dan menjaga baby dan Adam sebaiknya seperti anak sendiri :). Untuk pengetahuan korang, sejak berpindah ke rumah baru ni, saya hari-hari runsing memikirkan siapalah yang boleh jaga baby saya ni nanti, yelah baru pindah kan, siapa pun saya tak kenal. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan kami di rumah ini ya.
Sebab itulah, kene rajin tegur dan buat baik dengan jiran. Jiran saya yang depan ni, umurnya dalam 60-an macam tu. Makcik ni saya dah saya kenal masa kami mula-mula datang renovation rumah ni lagi. So dari situ saya borak dan kenal dirinya dan ahli keluarganya. Itu penting, janganlah kata tak retilah nak bergaul dengan orang lebih tua, tak taulah nak borak apa. Anggap sahaja mereka seperti ahli keluarga kita, dan dari situ memang takde rasa malu dan segan. Saya ni dari rumah lama lagi, memang paksa diri bergaul dengan jiran. Jadi memang hilang rasa malu tu semua, bukan apa kalau sakit pening, jiran pun boleh tengokkan kan.
Dan Makcik itu jugalah yang mencarikan pengasuh untuk bayi saya ini nanti. Syukurlah saya pun dah jumpa dengan Kak Jamaliah, yang saya tengok memang baik orangnya. Eh makcik tu juga kenalkan saya dengan tukang urut masa saya berpantang tempohari. Mekasih kat makcik depan umah sebab tolong saya, duk memikir sapa nak jaga anak, syukurlah Allah makbulkan doa saya ;). Rumah pengasuh tak jauh dari umah saya, sayup mata memandang ni je ;). Dan upah mengasuh baby adalah RM350, dan Adam pulak RM180 sebab dah sekolah tadika.
Pengalaman dengan pengasuh yang sebelum ini, iaitu MAK, atau Kak Wan. Saya rindu dengannya, anggap macam mak saya sendiri. Selama 9 tahun mengasuh dan menjaga semua anak-anak saya macam anaknya sendiri. Rajin mengajar dan berborak dengan anak-anak saya, siap jahitkan sarung bantal dan baju seluar anak-anak saya kalau ada tertetas di celah mana. Waktu nak pindah tu, memang berjujuran airmata, kasihan tengok anak-anak saya, dan sampai sekarang masih lagi menyebut nama MAK.
Jadi plan nya nanti macam ni, selepas Adam balik sekolah tadika, cikgunya akan hantar Adam ke rumah pengasuh. Jadi saya takdelah banyak sangat tempat nak kutip bebudak ni kan. Pertama ambil kakak-kakak kat sekolah agama dan selepas tu terus pecut ke rumah pengasuh pula ambil Adam dan Dzar. Anak dah ramai, harap-harap bolehla nak handle nanti ;). Insha Allah.
Suami pula katanya akan jaga projek baru, keluar rumah awal dan pulang lewat. Emm teringat masa anak 2 orang dulu, waktu tu suami ada projek di Perak, so kiranya weekend husband gitu. Waktu tu Alia setahun lebih dan Najiha baru lahir. Saya dah biasa berjauhan dengan suami dan bolehla nak handle anak-anak tanpa suami. Cuma rindu jela bila berjauhan kan. Nampaknya bermulalah rutin harian yang sibuk selepas ni. Yang penting syukur punya anak dara berdua ni bolehla tolong ibu jaga adik dan boleh harap nak buat kerja rumah, iron baju sekolah sendiri, basuh pinggan dan sapu sampah. Walaupun dulu ada suara yang berbunyi bila kata eloknya yang sulung anak lelaki, biar boleh jaga keluarga, tapi kalau Allah dah bagi rezeki siapa kita untuk menolaknya kan? Anak lelaki atau perempuan itu adalah rezeki, janji kita sebagai ibu bapa tahu mendidik dan mengasuhnya menjadi insan berguna, Insha Allah.
tahniah.
dah ada pengasuh dahh.
hoho..
Alhamdulillah. Nak cari pengasuh pon payah gak skang nih.
alhamdulillah, dapat pengasuh tuk anak2 syurga ๐