Parenting Hari pertama bekerja selepas cuti bersalin September 28, 2015

Spread the love

Wahh panjangnya tajuk hari ni..

Jam ini, minit ini, saat ini

Dah mula rindukan Dzar.

Pagi tadi masa hantar Dzar ke rumah Umi (kakak tu bahasakan dirinya umi dengan anak-anak). Masa hantar tu, pastinya ibu ni rasa sayu, berat hati, dan sedih nak tinggalkan Dzar. Namun tuntutan kerja membuatkan ibu terpaksa tinggalkan Dzar dengan umi. Seminggu sebelum tu, saya dah bagitau Dzar dan Adam yang ibu akan mula bekerja dan diorang akan duduk dengan Umi.

Dah boleh menyusu botol

Ibu berdoa banyak-banyak moga anak-anak ibu semua, baik Alia, Najiha, Adam dan Dzar sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik sekolah, semoga baik-baik sahaja di bawah jagaan pengasuh.

Moga Dzar baik-baik aje dgn abg adam

Untuk pengetahuan, saya masih susukan Dzar sepenuhnya dengan susu badan. Alhamdulillah rezeki Dzar, itupun pam sehari sekali je. Kalau nak tahu, saya bukannya jenis yang sekali pam tu terus dapat 6/7 oz, awal-awal bersalin saya pam dapat beberapa titik air susu je.

Bekalan Dzar hari ni
Setiap botol ditulis nombor

Paling banyak pun 2 oz itupun selepas beberapa minggu selepas bersalin. Tapi jangan sesekali give up, terus aje susukan baby ikut keperluannya, banyakkan sesi mengepam dan juga berdoa. Alhamdulillah selepas sebulan, saya dapatlah 3-4oz sekali pam. Jangan lupa walau banyak mana pun kita pam, itu rezeki kan. Walaupun saya pam dapat 1 atau 2 oz, saya tetap simpan buat stok.

Korang boleh google kat internet, banyak sangat tips ibu-ibu luar sana kongsikan tentang penyusuan susu ibu ni. Selain ianya mengandungi khasiat, mudah dihadam dan antibodi terbaik untuk baby, ianya juga mudah dan menjimatkan wang. Belanja untuk beli pempes aje, sebab susu bayi sekarang pun, ya ampun pitam tengok harganya kan. Mahal sangat!!!

Dan ini pula bekalan untuk Dzar hari pertama ni. Saya tak pasti nak bajet berapa botol yang dzar perlukan, jadi saya bekalkan 7 botol susu yang mana saya isikan 2 oz setiapnya. Saya labelkan dengan nombor mengikut turutan. Botol 1, 4, 6, 7 adalah susu fresh (yang baru diperah), manakala botol 2,3,5 susu beku yang telah dicairkan. Moga-moga semua bekalan ni cukup untuk Dzar sepanjang ketiadaan ibu dari 6:30 pagi sehingga 6:30 petang.

Meja penuh dengan barang 😉

Inilah pemandangan meja sepanjang ketiadaan saya, ada cek Nuffnang, ada sample percuma dari Kotex, ada hadiah dari kawan opis, Alhamdulillah, tq semua ;).


Spread the love

Tags : , , , ,

6 Comments

  • mamatisya posted on September 28, 2015 at 12:20 pm

    slamat kembali bekerja
    mamatisya recently posted..rezeki di kala jerebu….7 BE serentakMy Profile

    Reply
  • sabree hussin posted on September 28, 2015 at 4:34 pm

    Ada cek nuffnang jugak 😀 rezeki tu
    sabree hussin recently posted..Kaedah pemasaran tanpa kos menurut aliran ilmu DutanagaMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on September 29, 2015 at 10:34 am

    Dah start keja? Kejap jer rasanya. Memang sedih bila 1st day tinggalkan baby kat pengasuh. Rasa tak sabar jer nak balik umah.
    Fiza Rahman recently posted..Qahirah Turns 5 | Alhamdulillah….My Profile

    Reply
  • huda posted on September 29, 2015 at 11:00 pm

    alhamdulillah dzar dapat yang terbaik dari ibunya…hopefullysume baik2 belaka amin…
    huda recently posted..Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit KadMy Profile

    Reply
  • titan posted on October 3, 2015 at 8:08 pm

    teringat gak masa hari pertama hantar anak ke rumah pengasuh..

    ohh..
    titan recently posted..Kenapa buah rambutan tidak berwarna BIRU apabila sudah masak?My Profile

    Reply
  • adianiez posted on October 7, 2015 at 4:55 pm

    dzar anak yg baik.
    pasti ok… murah rezeki dzar.
    and best nyer balik opis and meja penuh dgn hadiah 🙂
    adianiez recently posted..GO SLOW… SO LONG AS YOU DO NOT STOP!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply to huda Cancel Reply

    CommentLuv badge