Krim Baby herbal Tropika, serasi bersama | Hai hai semua!!! Hari ini saya nak kongsikan dengan anda, krim herba yang saya guna untuk baby Dzar. Saya dedulu suka guna minyak Yuyi Cap Limau untuk anak-anak sewaktu mereka baru lahir.
Itu yang glemer beberapa tahun ke belakang. Zaman sayalah ye, sebab ada juga jenama yang lain, tapi nampaknya minyak yuyi tu memang sesuai dengan anak-anak.
Kenapa kene sapu minyak? Owhh mudah aje jawapannya, tak perlu pecah kepala pun nak pikir, sebab nak elak baby kembung perut. Dan berasa selesa selepas mereka mandi.
Saya biasanya akan urut dan mengulit bebudak ni selepas mandi. Suka nak pegang-pegang diorang dan pastikan mereka selesa untuk tidur. Biasalah kan diorang lepas mandi akan minum susu dan terus mentidooo!!
Kalau 3 orang anak saya sebelum ni guna minyak yuyi, tetapi tidak untuk baby Dzar. Yelah dengan perkembangan teknologi, dan ramuan sedia ada yang semakin inovatif dan pelbagai variasi kegunaannya, wahh ayat aku kan, nyatanya saya mampu berfikiran jauh walau banyak urat dah putus masa bersalin aritu hihihihi
So saya pernah terdengar orang bagitau krim herba ni bagus. Nak pulak kalau anak batuk selsema, sapukan pada dada dan belakang badan, Insha Allah dengan izin Allah melegakan pernafasan mereka dan anak semakin lega kahak dan selsemanya.
Dan ianya juga sesuai untuk digunakan untuk bayi baru lahir. Saya dah cuba dulu krim ni pada tangan saya sebelum sapu pada Dzar. Ianya tak panas atau pijar, rasa sedang-sedang molek aje untuk disapu pada badan bayi.
Sedap rasanya sepoi-sepoi berangin giteww. Lihat sahajalah reaksi Dzar ni tidur, yang ni baru lepas mandi, diurut dengan krim herba Tropika. Dapat je susu terus lalok hahhahaha..
Jadi haruslah saya pun berkongsi kebaikan ini bersama korang. Memang sesuai dan serasi krim ini dengan my baby. Syukur Alhamdulillah Dzar juga jenis tak kembung dan boleh dengar dia kentut selepas diurut di perut dan belakang badannya. Kekadang kentutnya berbau juga tau kalah kentut saya hohohoho.
Harga yang tertera di kotak tu adalah RM39.90 tapi disebabkan saya ni suka menawar dengan penjual tu, dapatlah sebekas tu RM35. Rupanya bila diguna secara konsisten, tak sampai sebulan dah habis. Yelah saya sapu pagi petang memangla cepat surutnya kan.
Jadi saya minta suami belikan lagi, maknanya ini adalah bekas yang kedua. Emmm memang serasi betullah dengan anak saya ni. Di IG pun ramai yang jual, dengan harga 3 kotak RM100 tak termasuk kos pos. Rerajinlah korang search kat IG ya. Oklah babai
Lepas ni kalau ada rezeki lagi boleh la beli krim ni untuk bayi…hihi
alahai cute montot dzar.
yes. frens aida pun guna cream tropika ni.
Amboi baby Dzar, posing kaw-kaw nampak!
Memang senang guna krim macam ni..tak risau tertumpah. Lagipun bila kita sapukan krim ni, pada masa yang sama kita mengurut baby jugak. Tu yang buatkan dia lagi selesa.
Haha..siapa yang tak sapu ubat kat perut baby dia, nescaya perut baby dia akan kembung..ha.. ha… ha.. tak tau.. dah kembung..
Belum pernah cuba cream ni, rasa nak cuba juga laa…biasa guna yuyi je..
sedapnya budak ni tidurr. geramm. hehehe
produk lama tak selamanya kekal. mesti ada je produk baru yang lagi advance. 😀
kotak dia pun nampak comel kalau nak banding dengan yu yi tu hhe
Banyak juga baca testimoni pasal cream ni. Boleh lah try utk next baby *wink* ☺
ahaha…guna la krim2 apa2 pun…
nak kata urat masih berhubung lah nie kan???
sy guna minyak kayu putih…. berangin sedap…murah..hehe