Alhamdulillah, yeay!!!
Beberapa hari lepas, saya ada menyertai 2 contest berlainan yang berlangsung pada hari yang sama. Yang pertama contest Denaihati.com yang mencari 5 orang pengomen pertama yang berjaya komen dalam entri terbaru di blog tersebut. Dan hadiahnya pula adalah wang tunai sebanyak RM50 bagi setiap seorang. Waktu tu kalau nak tahu, saya tengah duk melayan baby Dzar.
Di handphone, carian google tu memang dah sedia dengan blog Denaihati. Jadi saya akan refresh setiap kali tengah free. Dah rezeki agaknya, bila saya refresh, entri tu baru je dipublish, dan saya adalah orang PERTAMA yang komen. Tahniah juga buat pengomen yang lain ya. Kepada semua pembaca, boleh cuba juga sebab Tuan Denaihati kata ada lagi hadiah lain yang nak diberikan, so mana tahu ada rezeki korang pulak kan.
Untuk pengetahuan korang, ini kali ke 3 saya pernah menang wang tunai dari Denaihati.com. Memang pemurah mereka ini kan?? Dan semoga sentiasa dimurahkan lagi rezeki mereka!!!
Kemudian, contest kedua adalah dari butik Cattleya Couture. Contest ni berkenaan dengan shawl baru diorang iaitu Dlia Printed Instant Shawl yang berharga RM49. Saya memang teringin nak memilikinya sebab nak sesuatu yang instant, sebab bila dah ada baby ni, semua kerja kene buat dengan cepat kan? Itulah yang saya ceritakan di IG butik tersebut, iaitu kenapa saya nak memiliki Dlia Printed ni, dan Alahmdulillah tak sangka menjadi pemenang bertuah, syukur. Rezeki kitalah baby Dzar!!!
Dan semalam saya dah selamat menerima shawl tersebut, wahhh!!! sangat pantas dan cekap diorang ni ya. Shawl ni senang sangat nak dibentuk dan tak perlu iron pun tau!!! Serius!! Cuma sarung, lilit dan zaaassss!!! korang dah boleh JALANNNN DAHHH!!! hehehe…
Justeru memang recommended untuk korang nak cuci mata kat butik ni sebab memang semua shawl, jubah, blouse adalah sangat-sangat cantik dan berkualiti kainnya. Untung dia kita promote butik dia hahahah.
Nak join contest ni ada mood juga, kalau nak karang ayat tu lagilah bercinta sangat. Tapi kebetulan waktu tu tengah rajin, gigih jugalah mengarang ayat-ayat berbunga ni. Alhamdulillah rezeki saya rupanya.
sronok kalo menang cash..tahniah..wah tdng instant pn cantik
Alhamdulillah…murah rezeki aju ☺
Alhamdulillah, rezeki anak . Memang pun, bila ada anak kecik ni, nak cari semua yang instant aje dan of course la lawa. Serius lawa tudung cattleya tu
Wah bestnya menang shawl dengan wang tunai..
Memang bertuah betul dapat menang hadiah-hadiah best macam ni
wow murah rezeki ..mesti seronokan,,
Haha..sempat lagi dia jadi org pertama yang komen yer.. terbaiklah aju.. mak aii./.selendang tu comel aje.. Kalau isteri pakai ni mesti nampak cantik sangatttt..haha
tahniah.
untuk si suami.
tak perlu beli selendang dah.
alhamdulillah 🙂
murah rezeki…