Sejak 2/3 hari ni, Dzar dah mula nak tidur meniarap di waktu malam, memang dari umurnya 6 hari lagi dah saya ajarkan tidur macam tu. Sebab apa? Sebab tidurnya sangat lena dan kurang terkejut semasa tidur. Kebiasaannya saya meniarapkan Dzar masa tidur siang sahaja, tapi nampaknya malam pun dia sukakan posisi macam tu.
Tidur meniarap lebih lena
Mak saya banyak kali pesan kerap tengokkan Dzar sebab risau kalau mukanya tersembam kat tilam, dan khuatir kalau lemas, Nauuzubillah. Dan sejak tu memang saya jenguk-jenguk Dzar risau juga mak cakap macam tu kan.
Kalau baby lena tidur, kita mak-mak ni biasanya bolehla nak buat kerja lain, nak masak, basuh baju, sidai baju, angkat baju, iron baju, sapu lantai, mop lantai, siram pokok bunga. Ha banyak betul tugas mak-mak, ingat jadi surirumah tu senang ka?
Lagi banyak kerjanya. Waktu bergelar suri rumah sementara tengah dalam pantang tu, memang seronok buat kerja-kerja rumah ni. Bila dah masuk kerja, mulalah kain pun tak sempat nak lipat bagai.
Awas tidur meniarap boleh sebabkan SIDS
Takpe kata orang pengalaman mendewasakan kita che wahh! Orang anak kecik memang macam tu, semua benda nak buat cepat, kerja akan tergendala kalau baby dah mula merengek.
Dan bukan setakat nak jaga baby je, nak jaga makan pakai suami dan anak-anak yang lain yang bermacam kerenah dan pe’elnya. Huwa huwa tak sangka dah jadi mak anak 4, nampaknya lebih panjang bebelnya, hahaha Alhamdulillah rezeki Allah.
Ok nak cakap pasal tidur meniarap, bila saya google tentangnya, rupanya tidur meniarap ni boleh menyebabkan kejadian SIDS, korang boleh baca terperinci kat bawah ni ya. Dan sejak itu saya mula tidurkan Dzar dengan posisi mengiring pula.
Biasalah korang. bayi ni perangai dia berubah-ubah, kalau dulu tidur telentang, pastu leh ubah mengiring pula kan. Posisi macam tu pun kurang jugak terkejut-kejutnya tu. Barulah ibu dia tak menyinga kalau kakak dan abang dia duk bergaduh dan menyebabkan adik terjaga.
Saya rujuk artikel di bawah ini di laman web woman online magazine
American Academy of Paediatrics berkata, posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara telentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome-SIDS telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Kelebihan Tidur Meniarap
- Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.
- Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.
- Bagus untuk perkembangan otak bayi.
- Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
- Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut.
Keburukan Tidur Meniarap
- Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit.
- Meningkatkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
- Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Langkah Keselamatan
- Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
- Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
- Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
- Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
- Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.
Info Extra!
Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap. Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah:Dari Abu Zar RA, beliau mengatakan:
“Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidur atas perut). Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.”(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
*Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w.
Thanks for sharing aju. Alololo…tido pon nampak comel ☺
Bayi tidur meniarap nampak comeyja, tapi kalau orang dewasa yang tidur gitu, susah nak describe…hihi
jom masok tidur anak..anak sekalian heee
jarang bagi budak kecik tu tido meniarap.
memang tidak terlentang aje.
takut tetiba susah nak bernafas kang. naya je.
haha