Alhamdulillah
Dzar dah masuk 3 bulan. Ibu tengok Dzar makin debab dan kuat menyusu. Syukur Dzar nampaknya membesar dengan sihat dan harap-harapnya berterusan dengan perangai baik dan tak meragam di waktu malam. Ramai tanya baby sihat? meragam tak malam-malam?
Syukur Dzar bukan jenis berjaga malam dan dah pandai ajak ibu temankan dia sama ;). Tapi tak tahulah kalau sekarang ok, nanti kemudian hari dia meragam pulak kan. Mintak jauhlah hendaknya. Setakat ni Dzar bangun 2/3 kali menyusu badan dan lepas tu sambung tidur semula. Sama macam ibu dia kuat mentidur 😉 sampai ke pagi hohoho.
Jam tepat pukul 9 malam dan ke atas, Dzar dah merengek minta ditidurkan. Taknak tidur dalam buai, tapi nak baring atas katil. Amboi pandai sangat anak ibu ni, bila dah baring sama-sama memang hanyutlah sampai ke pagi. Tapi sebelum nak tidur tu, kita para ibu-ibu ni siapkan beg pakaian dulu, masukkan susu siap-siap dalam botol supaya besok pagi senang, siap-siapkan diri, selepas tu terus angkut barang semua masuk kereta.
Puaslah Dzar dihiburkan abang dan kakak-kakaknya sementara tunggu ibu siapkan semua tu. Padahal mata dia dah mengantuk sangat kan, merengek lah menunggu ibunya ;). Syukurlah kakak-kakak dan abangnya semua suka nak melayan adik, ada masa diorang pass jugak kat abahnya sebab lenguh dukung adik yang semangat tu. Kadang-kadang diorang sibuk nak main, jadi adiknya dibaringkan aje sambil diagah-agah.
Dzar masih belum dicucuk imunisasi untuk 3 bulan. Sebab kat klinik swasta merata semuanya kata vaksin ni habis, yang ada kat klinik kerajaan sahaja. Bila suami pergi kat klinik kerajaan berdekatan dengan rumah ni, pun katanya HABIS. So mana lagi nak cari vaksin ni ya? Owh ya, imunisasi 2 bulan dulu diambil sewaktu kami pulang ke Pahang waktu Raya Haji. Klinik kesihatan juga, mungkin tak ramai orang jadi aje je vaksin tu kat situ. Wahh penat juga memikirkan mana nak dapatkan imunisasi adik ni. Mungkin kene pergi ke hospital kerajaan baru ada kot. Ataupun last choice balik kampong Pahang jenguk mak sebulan sekali, dan bolehla cucuk si adik ni.
Perkembangan Dzar terkini, hmmm sedang berusaha nak meniarap. Puaslah mengiring sambil kakinya berkayuh untuk terbalikkan badannya tu. Dalam tengah berusaha tu, kami duk tunggu bila nak terbalik ni. Last-last abang ngan kakaknya tolak aje si adik, haaaa dah meniarapp!! Jerit reramai hehe. Seronok tengok adik dah pandai dan cerdik sedikit. Kalau bab berborak dan senyum bila diagah tu usah katalah, memang itulah aktiviti kitorang semua dengan baby Dzar.
Bab buang air besar pulak. Kalau dulu buang air 2 minggu sekali, seminggu sekali, dan terkini dah 2 hari Dzar buang air hari-hari. Syukur Ya Allah, saya takde bagi ubat apapun. Sebab ianya sememangnya dialami oleh bayi-bayi semua kan. Kalau nak tahu saya ada kongsikan kat entri ni dulu. Bila dah buang air, selesalah sikit perutnya tu dan takdelah kentut bau hasyammm lagi kan Dzar, hehehe. Doa ibu semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan sentiasa diberkati Allah Taala. Ameen.
Tembamya baby Dzar… semangat tengok badan dia…
Akhirnya berhasil juga tengkurap si baby dzar. Ayo semangat terus dzar…..
lucu banget dede bayinya