Hi uolss…
Wah dah bertahun kot tak beli Drypers untuk anak ni. Bila ada si kecil dah mula fikir nak beli stok diaper dan nak cari harga yang semestinya murah kan. Barulah terjadinya penjimatan berganda, sebab susu pun si Dzar minum susu ibunya lagi, yang pastinya percuma dan menyihatkan :). Tengok badan dan muka Dzar tembam sangat, syukur Alhamdulillah ada rezeki untuk menyusu susu ibu sepenuhnya.
Saya tak pernah seumur hidup shopping diaper online. Yelah masa 5 tahun lepas tu, zaman si Adam, boleh lagi dapat harga Drypers RM29.90 ke RM30.90. Beli pun kat Giant ataupun Tesco. Sekarang ni zaman hujung jari ko, semua benda pun klik aje, bayar terus dihantar sampai depan pintu rumah atau pintu pejabat. Senang benar kan.
Ok, bab beli Drypers ni, kawan opis saya yang bagitau ada offer Drypers ni. Harga dia RM89 untuk 3 pek saiz M80 keping. Jadi satu pek jadi RM29.67, murah kan??? Tu yang beli terus tanpa fikir panjang. Tapi bila check hari ni harga dia dah naik ke RM99, rupanya harganya berubah-ubah ya, kita keje rajin cek la pulak.
Kenapa saiz M?
Si Dzar berat dia dah 5kg lebih. Kalau tengok saiz M tu pun kalau berat 6kg dah boleh mula pakai. Kesian saya tengok pehanya tu macam bertanda kalau pakai saiz S, macam ketat je kan, tu yang decide beli saiz M tu. Wahh anak ibu, baru 2 bulan lebih dah pakai saiz M ya? heheheh dobot sangat manja ibu ni.
Dzar dah mula berborak dengan kitaorang, siap senyum-senyum sambil mulut dan dagunya diangkat macam paham je orang cakap apa ngan dia. Boleh bayangkan kan? Heheh comel kan? Semua pun berebut nak dukung dia, baik suami saya, anak saya Alia dan Najiha. Bagus, ibu dia boleh buat kerja lain sambil Dzar dilayan oleh abah, kakak-kakak dan abangnya :).
Ok berbalik kepada Drypers tadi. Keempat-empat anak-anak saya ni memang semuanya pakai brand Drypers. Kalau guna jenama Huggies, Pureen tu semuanya tak sesuai sebab kene ruam lampin.
Dia kan tengok kulit anak juga kan, ada yang ngam dengan jenama A, ada jenama B, jadi sebab itulah Drypers pilihan kami. Kalau nak guna Mummy Poko pun buleh, tapi mahai kot :). Selagi boleh guna tu, pakai ajelah kan. Setakat ni Dzar pakai diaper dalam 4/5 keping je sehari.
Pertama kali beli dengan Lazada, sila buat pesanan online di website diorang, dan bayaran adalah dibuat sewaktu penghantaran ya. Tapi sebelum barang tu dihantar, diorang akan maklumkan kita melalui emel. TQ buat my opismate yang tolong order, dan bayarkan, sebab semalam saya takde kat opis, kuar visit :).
Dapatkan sampel kotex Overnight percuma sekarang http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/bCKx4
Nice sharing. Lepas ni kena selalu monitor harga pampers kat Lazada. Dryper memang best sebab ada petunjuk saiz pada setiap pampers. Penting untuk saya yang mempunyai 2 anak yang sudah tentu berlainan size.
Baby yang bf kurang kencing. So jimat banyak kat susu dan pampers.
anak saya pun dah 5kg lebeh… nk beli saiz M jugakla… kat lazada mmg murah…
Harga kat Lazada memang murah. Cuma harga dia turun naik ikut stok la kot.
kena rajin check kalau nak murah kat lazada nih.
hoho..
kena tinjau2 kat lazada ni..
penting drypers ni
beli jer, senang untuk masa depan nanti…
beli banyak2 yea
Huhu..anak saya dah nak masuk dua tahun.. rasanya semalam baru dilahirkan..wahhh boleh beli kat lazada kalau murah macam ni..haha
Wow, baru tau ada pampers murah kat Lazada. Memang betul, terbaik lah.