Fesyen baju kurung moden terkini | Saban hari, fesyen pakaian tradisional semakin menarik perhatian ramai terutama sekali dikalangan kaum wanita.
Pakaian tradisional
Dan apabila bercakap mengenai koleksi pakaian tradisional, pastinya jenis pakaian seperti baju kurung yang terlintas di fikiran. Pemakaian baju kurung yang telah bermula sejak berabad lamanya.
Ini bukan sahaja menjadi pakaian kebangsaan negara, malah juga turut menjadi pakaian wajib yang dipakai pada setiap kali musim perayaan. Selain itu ianya juga sinonim dipakai untuk ke pejabat dan majlis keraian. Memang menampakkan keayuan wanita sejati gitu.
Fesyen Baju kurung moden terkini
Bermula dengan rekaan asas iaitu bahagian baju dan bahagian kain yang cukup ringkas, kini terdapat pelbagai fesyen baju kurung moden terkini yang begitu menawan dan trendi. Kalau kita lihat pelbagai rekaan dan warna boleh dipadankan citarasa si pemakai itu sendiri.
Berikut merupakan 3 kategori rekaan baju kurung moden terkini yang paling digemari oleh ramai wanita;


Futuristik
Sekali imbas memang nampak agak pelik. Namun, fesyen baju kurung moden seumpama ini mempunyai penggemarnya yang tersediri dan ia juga sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis istimewa untuk kelihatan sopan dan glamour. Nampak elegan dan pastinya si pemakai akan menjadi tumpuan di majlis tersebut.

Peplum
Fesyen baju kurung peplum bukanlah suatu rekaan yang baru dalam industri fesyen tempatan. Untuk tahun ini, fesyen peplum masih relevan dan diminati oleh ramai wanita.
Pemakaian tali pinggang sebagai aksesori tambahan juga menyerlahkan lagi rekaan baju kurung peplum ini. Rekaan ini menampakkan si pemakai lebih ramping dan jelita.

Basic
Dan tentu sekali rekaan baju kurung moden basic style yang cukup ringkas dengan padanan kain berpotongan ala mermaid. Ia boleh ditemui dalam dua pilihan iaitu potongan baju yang loose atau pun mengikut potongan badan si pemakai.
Rekaan baju kurung semestinya tidak lapuk ditelan zaman. Malahan ramai yang masih meminatinya dan sinonim dengan keayuan dan kejelitaan si pemakai untuk kelihatan lebih kemas, anggun dan stailista.
Dah nama pun kurung moden kan, perubahannya selari dengan zaman sekarang namun mestilah mengekalkan kesopanan
makin lama makin maju kaedahnya hee..
nak buat baju kurung dah malas rajin buat jubah sahaja hee
sis aju suka kurung moden ya hee..pecah rahsia dia
pemakaian baju kurung memang tak lapuk di telan zaman. cuma dari segi design kena ikut design semasa supaya nampak lebih segar & up to date.
Bj kurung tradisinal juga yg best…hihihi
Memang seronok ikut trend atau fesyen semasa tapi akak tak buat banyak2 yang moden2 ni sebab sampai masanya ia akan out of date dan muncul pula yang lain … sekadar pandangan peribadi je 🙂
aida pakai baju kurung biasa aje 🙂
body x cantik nak pakai fesyen gitu hi hi hi…
tak lalu nak tengok sebab termoden sangat hee…
Wow, I like Maxi Skirts its looking pretty and cool.