Cara menanam bunga ros jepun pelbagai warna | Lepas pantang hari tu saya memang boleh dikatakan banyak masa terluang sampaikan boleh menanam bunga ros jepun.
Mak jaga saya sampai hari yang ke 50 plus plus heheh lupa pulak hari ke berapa. Seronok kalau mak jaga kita kan, makan dan pakai sume teratur dengan baiknya.
2 bulan jugakla mak duk ngan saya, dan semestinya selepas mak balik, rindu teramat rindulah kat mak. Mak saya tidur kat bilik bawah, asal lalu depan bilik je mesti terbayang mak kat situ, huhu rinduu..
Beli bunga di nurseri Sg Buloh
Rumah saya ni dekat dengan tempat nurseri jual bunga-bunga kat Sungai Buloh tu. Mak saya pulak teringin nak beli pokok hiasan untuk ditanam di rumah kami kat Pahang. Jadi memang kami bawa mak ke sana sambil cuci-cuci mata.
Saya lupa nak snap pokok kegemaran mak tu, nama dia pun saya tak tau. Memang seronokla mak bila dapat pokok idamannya tu, dan dah selamat pun ditanam di rumah Pahang masa balik bercuti Raya Hari Haji hari tu.
Harga pokok bunga ros jepun
Sambil beli pokok mak tu, mata saya terpandangkan pokok bunga ros jepun. Cantiknya bila bunga-bunga dia berkembang!!
Macam-macam warna ada, daun pun ada yang ala-ala batik coraknya. Wahh terus minat nak tanam kat rumahlah. Saya beli 3 warna je, pink, oren dan light pink. Harga dia RM5 untuk sebekas tu.
Cara menanam bunga ros jepun cara saya
Sampai je rumah, petang tu terus saya kerjakan dia, masa ni saya dah lepas pantang ya hahaha. Saya tanam 7/9/2015.
Mudah je cara menanam bunga ros jepun ni Jemah oii, pejam mata pun bolehla.
1. Pertama sekali korek tanah dan gembur-gemburkan
2. Ambilkan keratan pokok ros jepun dan tanamkan. Ulang-ulang step sama sampai ko puas hati hahaha
3. Siram setiap 2 kali sehari.
4. jangan lupa letak baja. Macam saya guna baja kopi. Baja tu biji-biji warna hitam dan baunya memang bau kopi.
Tengokla perbezaan gambar sewaktu saya mula menanam sehingga bunga ros jepun ni sangat gemuk dan subur. Suka tengok!!!
Setelah 3-4 minggu ditanam
Dan ini adalah gambar pada 4/10/2015, wah canteknya dia, segar sangat nampak. Tapi yang warna oren dan light pink tu tak berkembang pulak. Mungkin tengah berputik lagi bunganya.
Eii geram tengok, nanti nak singgah lagi nurseri tu dan beli warna lain pulak. Ada tu jenis ropol-ropol, satu bunga 2 warna, hoii tak sabar nak gi nurseri :).
Mini garden cuci mata
Sebab apa saya tanam kat sini tau, sebab kat luar ni ada buaian, sambil duduk kat buai ni, boleh nikmati pemandangan bunga ros jepun saya ni. Kira macam mini garden la kan. Nanti saya nak beli pasu, tanam bunga ros jepun dalam tu, letak kat ruang kosong depan tu pulak.
Bunga ni tak mahal, senang nak tanam dan jaga, dan yang penting kene baja juga tau. Insha Allah subur dan berbunga lebatla hendaknya kan.
Saya pun join group Bunga Ros Jepun ni di Facebook, dan tak sangka diorang yang dah banyak giler koleksi RJ ni, siap boleh jual dan hantar pos lagi.
Wahh ini yang dikata minat dan boleh menjana pendapatan sampingan. Tak sangka bunga pun boleh pos ek, tabik spring la kat depa ni.
Menanam bunga ros jepun terapi mata dan jiwa
Minat macam ni pun boleh jadi terapi minda kan. Yelah kalau stress, tension, tengok bunga-bunga ni terus damai sikit hati ni. Korang takyahla tau apa yang saya stress kan tu huhuhu.
Suka tengok depa tu berbunga, nak pergi kerja, balik kerja mesti jenguk, tapi waktu tu diorang tak kembang dan kuncup lagi sebab biasanya diorang akan kembang waktu pagi pukul 10 ke atas macam tu.
Jadi hujung minggu adalah waktu membelek depa-depa ni, bila dah siap masak dan mandikan dan susukan Dzar, sidai kain dan lepas tu terus lepak kat sini sambil nyanyi lagu Sepohon Kayu 😉 hihi.
Ok misi seterusnya mencari lagi spesies bunga ros jepun dengan warna dan ropol kelopak yang berlainan dari yang sedia ada ni ;). Semoga entri cara menanam bunga ros jepun ini bermanfaat untuk semua.
Huhu..cantik..kena cari lagi biar colorful gitu..barulah syok lepak dengan cik abang kat luar rumah..hehe..romantis gitu…
Ros Jepun ini senang nak jaga. Jaga air dan bunga biasanya akan mekar diwaktu pagi.
memang best kak tanam pokok ni, ayah saye, famili mak no 1, akak saye belah sana memang penggemar pokok bunga sejati, sejuk je tangan diorang tanam pokok, akak saye siap buat biz lagi dengan si ros jepun ni…
cantik taman rumah jun. bila la nak sampai sana.
Memang cantik bila diletak dibanyak tempat
saya dah lama tanam skrg nak tanam balik malas pula aju 5 ke 6 tahun lepas ada bloger minta keratan batangnya kala pink puitih merah ungu sapa blogger tu dah lupa..
nak jaga mudah jer heee,,biji kalau dapat lagi bagus jimat puas hti heee..
selamat menanam sis aju..
kembangsetaman tuh heee
Gambarnya tak keluar..huhuhu….
hobi ini boleh dikomersialkan lebih jauh lagi..tu.
rasa tenang tengok bunga, fikiran kusut jadi lapang…
sama la sekarang ni tengah menggila bela rj. dolu2 dalam 7 tahun lepas pon penah bela bunga ni. tp sekarang lebih banyak pilihan. macam2 warna baru ada. yang batik la, yang jambul la. memang rambang bijik mata nak pilih.
Suka juga dengan bunga-bunga ni tapi tukang beli, tukang tanam & tukang jaga tentulah tidak lain tidak bukan, suami ku jua. Bukan minat akak Aju oii ?
berapa lama sampai tumbuh indah seperti itu ?
Cantiknya bunga ros jepun ni