Tips mengepam susu di pejabat
Entri ini untuk ibu menyusu yang ingin tahu tips dan maklumat tentang penyusuan susu ibu. Nak pulak bila dah start kerja, so nak tau macamana tips mengepam susu di pejabat. Tak susah, Insha allah kalau dah set minda kita, Allah permudahkan. Janji ada usaha!!
Para bapa-bapa pun kene ambil tahu juga. Sebab ibu yang menyusu ni amat perlukan sokongan dan dorongan demi mencapai azam untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun. So para bapa sila jangan abaikan entri ini ya hihihi.
Sediakan kelengkapan mengepam susu di pejabat
Saya pasti bila ibu-ibu yang akan mula bekerja sebaik habis cuti berpantang, akan mencari segala gajet keperluan untuk penyusuan. Bermula dari cooler bag, pam susu, icepack, botol susu dan liner bag. Ini nak pastikan matlamat menyusu tu terus berpanjangan.
Saya memilih pam susu jenis double tu, untuk menjimatkan masa mengepam susu di pejabat. Jadual mengepam pula adalah pukul 7:45 pagi, 12 tengahari dan 4:30 petang. Saya keluar rumah jam 6:30 pagi dan sampai di pejabat jam 7:30pagi. Jadi memang sempatlah untuk pengepaman sesi awal pagi ;).
Bukan apa, kalau jarak masa tu jauh sangat, nanti tau ajelah bengkak susu kan. Pastu mulalah nak marah orang je rasanya hahaha, jadi baikla kerap mengepam dari tengok diri sendiri nak marah tak tentu hala ;).
Lagipun orang menyusu ni takleh stress, takleh marah nanti susu tak keluar. Ek ele poyo kan, tapi apa yang saya cakap ini memang ada benarnya, percayalahhhh.
Pilih tempat mengepam yang tebaik
Saya mengepam dalam satu bilik fail yang memang dekat benar dengan meja saya tu. Lagipun sebelah bilik bos, kalau bos cari pun senang, saya kat sebelah bos je bos ;), tapi berdoa jugalah janganlah bos cari saya, kalau tak terbantut pengeluaran susu aii nanti hehe.
Sewaktu mengepam adalah wajib saya melihat gambar anak di handphone. Itulah tips yang buat kita happy dan mood mengepam tu kira macam wat lek dan wat peace je ;). Dan biasanya saya ambil masa 30 – 40 minit untuk setiap sesi.
Jaga pemakanan dan minum air secukupnya
Tak lupa sebelum mengepam pagi tu, saya akan makan sarapanย dulu. Biasanya rotiย butter aje dengan milo panas. Setakat hari ini masih belum sentuh minuman sejuk atau berais ya. Nak jaga perutย saya dan bayi, bukan apa risau juga kalau baby kembung kan.
Kesian dia, kalau dia meragam kita juga yang pening kan, jadi jagalahย pemakanan anda ya.ย Inilah wajah terkini, sesekali nak juga tepek gambar sendiri ;). Dan sambil mengepam sambil berdoa dan berzikir “ya Matin”.
Penyimpanan EBM
Bila dah siap mengepam, saya akan simpan susu dalam cooler bag yang berisi ice pack ni. Lagipun bilik tu sejuk ko, memang tahanlah kesejukan beg ni. Sebab tu pentingnya anda buat homework berkenaan penyusuan susu ibu ni. Mudah kita nak jalankan misi :).
Saya tak basuh pun corong dan botol tu, just simpan dalam cooler beg dan akan guna semula untuk mengepam sesi seterusnya. Semoga usaha saya dan semua ibu-ibu di luar sana dipermudahkan hendaknya.
Hasil mengepam
Owh lupa nak bagitau, setiap kali pam saya akan dapat dalam 4 oz ke 7 oz, dan saya akan bawa pulang susu untuk Dzar dalam 12 oz ke 17 oz sehari. Sekarang Dzar dah kuat minum, sebotol dalam 2.5 oz dan saya bekalkan 7 botol kepada pengasuh.
Jadi saya perlu ada stok 17.5 oz sehari untuk penuhinya. Takpe yang penting jangan stress and be happy, Insha Allah, dipermudahkan :).
WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR
Rasulullah Shallallahu โalaihi wa Sallam bersabda:
ุจูููููุง ุฃูููุง ููุงุฆูู ู ุฅูุฐู ุฃูุชูุงููู ุฑูุฌูููุงููุ ููุฃูุฎูุฐูุง ุจูุถูุจูุนููููุ ููุฃูุชูููุง ุจูู ุฌูุจูููุง ููุนูุฑูุง… ุซูู ูู ุงููุทููููู ุจููุ ููุฅูุฐูุง ุฃูููุง ุจูููุณูุงุกู ุชูููููุดู ุซูุฏููููููููู ุงููุญููููุงุชูุ ููููุชู: ู ูุง ุจูุงูู ููุคูููุงุกูุ ููุงูู: ููุคูููุงุกู ููู ูููุนููู ุฃูููููุงุฏูููููู ุฃูููุจูุงููููููู
โKetika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasarโฆ kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular.
Aku bertanya, โKenapa dengan mereka itu?โ Dia menjawab, โMereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.โ
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)
wah awalnya mengepam, 745am. Ok lah kan, sebab around 9-11 dah peak hour, orang dah start kerja dan orang cari kita.
bila ofis dah sunyi around 1145, saya pun mula kan misi di tempat sendiri :). Lebih rilex
alhamdulillah..baru saje melepasi cabaran wean off anak.. takzabar nak kumpul susu banyak2 lg.. hehehe.. good info sis..
kesian gak tengok bini.
dok mengepam sebelum tidur.
cantik dah 2 jadual…
last2 sekali ada gambar serapan pagi…
ibunya nak makan gak kan…ehe
Lama juga tak mengepam..rindu pula…kena tunggu baby baru la…hihi
Alhamdulillah….rezeki dzar. Rindu nak mengepam susu โบ
semoga terus konsisten memberi susu ibu kepada anak….sebab anak yang diberi susu ibu memang akan menjadi terbaik..dunia dan akhiat..aamiin
haaaa..pam jangan tak yeah
Huhu..spectra memang sedap pakai.. isteri kata la..sebab saya tak pernah merasa macam mana rasanya mengepam susu pakai mesin spectra ni..haha
Salam sis, tq for the sharing. Makin semangat nak pump susu utk baby ๐
Btw, cantik cooler bag sis. Boleh tahu kat mana sis beli? And brand ape tu ye?
Thank you.