Selamat Hari Lahir Alia Najwa

Alhamdulillah

Hari ini anak sulungku genap umurnya 10 tahun. Dialah buah hati pengarang jantung, kawan baik, kawan gaduh, kawan meluah perasaan. Pejam celik pejam celik dah besar anak ibu. Dilahirkan pada pukul 8.10 pagi pada bulan puasa tahun 2005.

Anak sulungku besar dah 😉

Anak yang baik, boleh harap nak jaga adik-adik, tolong ibu kemas rumah, tukang ingatkan ibu bila kekadang ibu terlupa. Alia nampak matang dari usia sebenar, kawan opis saya pun ramai cakap macam tu. Bila pergi family day opis saya, majlis raya, waktu tulah kami semua berjumpa.

Tak sangka Alia dah besar. Eh korang perasan tak kat tv sekarang banyak tayang citer antu kan? Dahla Alia tanya saya, kenapa ibu lahirkan Alia di bulan hantu ni? Cukup tak suka dia dengan perkataan tu. Saya kata tv tu memang ikut suke hati dia je nak tayang cerita, takde kene mengena dengan bulan kelahiran Kak Long pun. Barulah dia paham.

Sekarang ni Alia dah tak beria sangat nak ikut adik-adik naik motor ngan abah. Dulu berebut-rebut nak naik motor, bayangkan suami, adam, najiha dan Alia. Penuh kot motor tu kan, mintak ampun motor tu kesemputan. Sampai kene ekzos panaslah kaki Alia tu, sekarang syukur takde parut sebab saya selalu sapu minyak zaitun, kalau tidak kurang pulak duit hantarannya nanti ;). Dah besar kan, dah takde nak berebut sangat dengan adik-adik, kekadang ada juga, hangin gak bila diorang berkelahi. Kecik besar sama je semua ;).

Buat along, ibu doakan along sentiasa sihat, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat serta mendapat keberkatanNya.

Along anak yang baik, ngam dengan semua orang, aritu masa wan ada, wan suka makan roti kelapa, dialah tukang membeli kat babu naik motor lalu depan umah ni. Bila wan dah balik Pahang, babu tanya, kenapa dah lama tak beli roti kelapa? Alia jawab, owh nenek saya dah balik kampung ;). Tetiba rindu sangat kat mak, jap gi tipon mak ya.

7 thoughts on “Selamat Hari Lahir Alia Najwa”

  1. Sweettttnya lesung pipit dia… maknya ada lesung pipit tak hihi. Selamat hari lahir Alia. Moga jadi anak gadis yang baik dunia khirat

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: