Tudung, tudung
Perempuan dan tudung, walau banyak macamana banyak pun stok tudung yang ada, tetap membeli tudung baru jugak kan. Kalau boleh nak lengkapkan kumpulan warna yang ada. Baru ceria rasanya ;).
Yang ni cerita pasal tudung anak sulung saya. Dia cukup suka benar pakai tudung hitam putih ni. Tak taulah korang perasan ke tak saya ada post gambar-gambar dalam entri sebelum ni. Walau kemana pun pergi, tudung ni tetap jadi pilihan hatinya. Pergi jenjalan, balik kampung, kenduri, keluar rumah, pergi mana pun lah kan. Berbulu mata saya tengok, mana taknya, tudung lain banyak saya belikan, dia tetap nak pakai yang ni jugak. Rasa nak sorok tudung ni tapi kesian pulak kan, tak sampai hati ;).
Saya suspek Alia rasa dia nampak cun dengan tudung ni hihi. Alah nak kata anak, saya pun dulu ada tudung feveret gak. Kalau keluar jenjalan tudung tu gaklah yang saya rembat. Ikut perangai saya rupanya ya hihi.
Lepas berpantang ni, sempatlah menyinggah ke The Store Sungai Buloh. Saya fikir kalau ada baby ni, toksahla ke mall yang besar-besar tu. Satu jauh dari rumah, satu lagi besar sangat jauh nak jalan, kalau baby nangis satu mall gegar hehe. So kalau pergi The Store orangnya tak ramai dan boleh cepat-cepat beli dan cepat-cepat balik kan.
Jalan punya jalan, eh eh terjumpa gak tudung sarung, dan yang pasti hitam putih kay!! Haha takpelah janji coraknya berbeza. Syukur sangat, lega dapat belikan diorang tudung baru dan mengikut citarasa diorang, bukan apa mesti diorang pakai kan sebab ada pilihan tudung yang diorang suka coraknya.
Harga tudung ni RM18, jadi beli 2 helai, nanti kalau tak beli semestinya berebut dan menangis. Itu anak 2 orang, kalau anak 3/4 atau lebih??? hehehe serba serbi kene dapat sorang satu kan. Moga anak-anak ibu akan terus istiqamah untuk bertudung dan menjadi kebiasaan bertudung setiap kali melangkah keluar dari pintu rumah. Malahan dalam rumah pun kadangkala kene bertudung jika ada saudara mara bukan mahram kan. Tidur pakai tudung tu biasalah sebab bila balik raya kan memasing tidur kat ruang tamu :).
Alhamdulillah sejuk mata memandang ;).
cantik! memang cantik ๐
alhamdulillah….
anak2 aida pun da bertudung skang ๐
tanpa dipaksa hi hi hi
nak satu sis aju ekekek…amboi lawa anak daranya
saya pun perasan kalau budak-budak ni , diorang suka pakai tudung warna hitam. Agaknya senang nak matching dgn baju ataupun requirement dari sekolah untuk aktiviti ko-ko.
tudung hitam ni..nampak kurus sikit.
hehe..
bukan aku kata. orang perempuan kata.
Tak merasa beli tudung untuk anak-anak sebab yang ada prince charming jer huhu