Wah pejam celik pejam celik, cepatnya masa berlalu. Mengandung 9 bulan, bersalin, berpantang, tau-tau aje baby dah masuk umurnya 4 bulan. Sepanjang tempoh itu banyak pengalaman manis buat saya dan keluarga. Menyambut kehadiran ahli keluarga baru yang memang dinantikan setelah beberapa tahun.
Sekarang ibu sangat gembira kerana hari-hari dapat tatap wajah dan tengok perkembangan anak kecil ini. Cium bau syurga ibu ni sepuas-puasnya. Cium sampai mengamuk si kecik ni kerimasan, nah rasakan haahaha. Walau sebelum ni dah punya 3 anak, ibu dah lupa apa perkembangan mereka dari bulan ke tahun ;). Eleh lupa pulak ye, suka bergurau kan, mana boleh lupa, mestilah ingat-ingat lupa hahaha.
Dzar minum susu dah 4 oz sebotol. Saya bekalkan 4 botol ke rumah pengasuh, kalau tengok stok susu dalam feezer masih berbaki 36 bungkus dan botol. Setiap satu plastic tu ada 3 oz ke 10 oz kandungannya. Saya seronok kalau mengumpul stok susu ni, setiap hari saya akan guna satu bekas susu beku dan gantikan semula susu perahan yang saya pam di pejabat. Barulah stok yang disimpan akan berganti dan stok lama tidak basi dan terbuang begitu sahaja.
Perjalanan menyusu ni masih jauh dan harapan saya semoga saya diberikan kekuatan, kerajinan dan istiqamah dalam tugasan mengepam ni. Tak seronok makanya takda stok kan, jadi kekuatan memang penting di samping sokongan dari suami dan kengkawan. Seronok dapat kawan yang very supportive, siap nak tolong urutkan lagi, ko dah kenapa??? kan…sangat best kengkawan saya ni!!! Up sikit hihihih.
Kepandaian Dzar sekarang? Dia ni suka senyum bila diagah, ketawa pun dah pandai tapi takdelah mengilai macam ibu dia, ketawa comel macam tu, lepas tu suka hisap penumbuk sendiri. Paling suka tarik rambut kakak dan masuk dalam mulut, eii yerkkk!! Saya dah tak pakaikan mitten tu sejak Dzar 3 bulan lebih sikit. Suami kata biarlah nak merangsang perkembangan fizikalnya, oklah saya terima buah fikiran suami tu, dan yang penting kene pastikan kukunya sentiasa pendek supaya Dzar tidak mencederakan dirinya sendiri. Dzar juga dah boleh mengiring dan pusingkan badannya, terus meniarap. Apa lagi bersoraklah orang keliling dia hehehehe. Comel angat ni, nak geget grrrrr…
Lagi satu Dzar dah kenal orang lah. Kalau nangis mesti nak saya yang pujuk dia, rasanya dia dah tau bau badan saya, yang lain tu mesti busuk agaknya. Tu yang nak berkepit dengan ibu dia sepanjang masa. Ayoyo…tapi ok jugak sebab kerja lain suami dan anak-anak yang uruskan. Contohnya lepas makan, diorang cuci pinggan dan lap meja, kain baju suami sidai, sapu sampah Najwa uruskan, bagus Dzar !! Mehla berkepit ngan ibu sepanjang masa. Rilex sikit, sambil menonton “Tuan Anas Mikael” hehehehhe.
4 Bulan dah. Kejap jer rasa.
dah 4 bulan..selepas tu masuk 14 bulan dan kemudiannya 14 tahun..ada baby masa terasa cepat sangat berlalu..
moga membesar dengan sihat dan kuat 🙂
nampak sihat je..semoga membesar dengan cepat
alhamdulillah sudah cukup 4 bulan
tahniah yea
🙂