Cara melegakan selsema bayi kaedah tradisional | Baby Dzar selsema, batuk. Kesian tengok Dzar, serba tak kena bila hidungnya mula berair, selsema, tersumbat dan batuk-batuk kecil. Kecian anak ibu, baru 3 bulan lebih dah kene batuk selsema pulak.
Berjangkit dari abang Adam dan abahnya. Abang Adam tu dah dipesan jangan cium adik, mana dia heran, digomol jugak adiknya. Hmm cian mucuk ibu ni, tak sanggup dengar dia batuk kong kong dan merengek tak selesa, ibu doa biarlah sakitnya tu dipindah ke abahnya, ehh??? hahahahah.
Cara melegakan selsema bayi kaedah tradisional
Saya baca di facebook dan internet katanya salah satu cara nak legakan selsema bayi ni adalah dengan gunakan bawang putih. Bawang putih ni panas, kalau kene tangan kita pun boleh rasa pijarnya tu?
Korang biasa kupas bawang putih ni kan, time nak masak-masak, raya dan kenduri memang banyak pakai bawang putih ni. Sodap kato eaa.
Guna bawang putih
Apa yang saya buat, ambil sebiji je bawang putih, cukup dah sebiji tu sebab kita bukan nak buat masak-masak pun. Nak legakan selsema je pun, aduyaii puunn.
Kupas kulit bawang putih tu, then amik garfu dan cucuh kat api dapur korang. saya buat sampai dia nampak kehitaman sikit. Bau dia pun sedap sangat. Saya tak suka sangat makan bawang putih ni, korang suka?
Gunakan minyak bayi juga
Kemudian, saya ambil minyak baby dan campur sedikit dalam bawang putih tadi. Picit-picit dengan jari dan cuba bau, emm bau bawang putih campur minyak telon, sodap!! ;).
Dan nanti korang akan nampak dari bawang putih tu ada jus dia sendiri yang keluar. Dan sebatikanlah dengan minyak baby tadi tu.
Bila dan sebati, sapukan minyak bawang putih tu pada dada bayi, tapak kaki, belakang bayi dan calit sikit kat hidungnya. Urut-urut manja gitu, mesti seronok baby kene urut ngan ibu dia. Cepat sihatnya ;).
Nak cium pun dah bau bawang putih je si kecik ni tapi tetap wangi bau syurga ;). Eii comel baby mana tak geram kan.
Semalam saya ada training di Seri Pacific Hotel KL, tak dapatla nak cuti jaga baby. Tapi nampaknya selsema dan batuk si Dzar ni makin berlarutan, terpaksalah saya cuti arini.
Saya memang tak bawa baby ke klinik sebab memang baby bawah 6 bulan tak diberi ubat kan? Takpelah just jaga elok-elok dan make sure dia selesa nak minum susu dan tidurnya.
Nak tidur pun kene tinggikan sikit kepalanya tu sebab Dzar akan merengek mungkin sebab hidungnya tersumbat kan. Jadi saya tinggikan bantal masa Dzar tidur.
Petua guna kunyit hidup
Owh lupa nak citer pasal kunyit hidup. Â Kunyit hidup tu saya hiris dan sapukan terus kat hidung bayi. Tengok hidung Dzar kuning kene kunyit hidup tu.
Takpela nak janji anak ibu cepat sihat, moga Dzar segera sembuh, cian dia. Ibu pun pening-pening lalat sebab malam tadi Dzar tak berapa lena nak tidur, takpela Dzar, ibu ni dah bertahun tidor lena.
Dengan jam penggera ibu ni dapatlah bangun malam solat sunat tahjjud pula, moga istiqamah hendaknya. Dan setakat ni memang cara melegakan selsema bayi kaedah tradisional ni memang berkesan untuk anak-anak saya.
Fakta tentang bawang putih
Mengikut hasil coretan Jerry D Gray dalam bukunya “Rasulullah is My Doctor’, Bawang Putih adalah satu satunya antibiotic yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
Bahkan, bapa ubat Antibotik iaitu Lois mengakui, bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin. Menurut kajiannya lagi, Bawang Putih dapat membantu penyakit Keracunan Darah, Bronkitis, Kolestrol, Batuk Selsema dan Hidung Tersumbat, dan banyak lagi.
Jadi cubalah petua ni. Kita ikhtiar san semoga Allah permudahkannya. Aamiin
moga baby dzar cepat sembuh…musim sekarang ni..anak ema pun tengah berair hidung…berjangkit dengan ema..yang dah seminggu demam.
ju saya pakai bawang putih sahaja tak letak apa2 pun. bawang putih tumbuk bagi hancus dan letak dalam stokin tapi jgn lama2 pastu keluarkan.syukur selsema bby dah hilang..
Sian kalau baby selsema nih. AJu…cer try minyak tropika baby herbal cream. Ni Dr Az zahrah yg suggest masa anak member office ni kena batuk & selsema.