Cool Hijab serum rambut terbaik | Ok hari ini saya nak kongsikan satu barang baik yang amat sesuai untuk wanita bertudung. Tahu ajelah kita yang memakai tudung sepanjang hari ini, ada kalanya ada mengalami kegatalan kulit kepala.
Nak pula jika cuaca panas terik dan pastinya kulit kepala akan berpeluh, berbau seterusnya berasa gatal, khususnya bagi mereka yang bekerja di tempat yang tidak berhawa dingin.
Bila kepala dah gatal, semestinya tak berapa fokus untuk menyiapkan kerja. Tergaru-garu kiri kanan kepala sampai terjulur-julur terkeluar anak dan mak bapak rambut semua sampai senget-senget tudungnya. Hmm memang tak semenggah, muka je cantik tapi ada kutu, eh pulak?? hihihi.
Kelemumur tau kan, dia lain tau dengan berkumur-kumur. Kelemumur ni biasanya akan datang kalau kulit kepala lembab akibat berpeluh dan memang susah nak hilang macam tu aje. Perlukan rawatan dan rajin cuci rambut ni. Memang memalukan kalau kelemumur siap landing atas bahu korang, nanti semua orang taknak dekat. Eii memang kejam.
Jadi untuk membantu korang dalam permasalahan ni, saya nak kenalkan korang dengan produk Cool Hijab, keluaran Syarikat Dyazara Secret Marketing. Saya dah cuba produk ni, sapukan pada kulit kepala, dan selepas beberapa minit terus terasa kenyamanannya.
Dan kebetulan waktu tu saya pening-pening lalat sikit sebab biasalah kalau ada baby kecil ni akan bangun malam 2/3 kali untuk menyusu. Hampir-hampir nak MC dah tapi mengenangkan banyak kerja dan meeting saya gagahkan diri jua. Alhamdulillah dengan sapuan CoolHijab pada kulit kepala, sakit kepala mula beransur hilang.
Kalau nak tahu, CoolHijab yang juga mampu melembutkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru, tidak merosakkan tudung kerana ia tidak melekit atau berminyak, selamat untuk digunakan, suci dan halal. Dan baunya juga tidak terlalu kuat dan wangi je ;). Dan yang paling penting produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, dan gunakan tanpa ragu :).
kelebihan cool hijab serum rambut
- Menyejukkan kepala dan rambut ketika bertudung.
- Menghilangkan bau hapak pada rambut
- Melembutkan rambut
- Mengurangkan kelemumur
- Mengelakkan kegatalan pada kulit kepala
- Memperbaiki rambut yang rosak dan bercabang
- Menggalakan pertumbuhan rambut baru
- Melegakan sakit kepala dan migrain
- Memberi kesegaran kepada minda dan stress
- Merawat kulit kepala yang berminyak atau kering
- Menguatkan akar rambut
- Mengelakkan tudung dari kotor berminyak
Dan pastinya korang juga nak tahu antara bahan kandungan dalam CoolHijab ini kan, ianya mengandungi
★ Minyak Papermint:
- Menyejukkan kepala dan rambut ketika bertudung.
- Mengurangkan Kelemumur
- Melegakan sakit kepala dan migraine
★ Minyak Zaiton:
- Melembutkan rambut
★ Minyak Gelam:
- Mengelakkan kegatalan pada kulit kepala
- Memperbaiki rambut yang rosak dan bercabang
- Menggalakan pertumbuhan rambut baru
- Merawat masalah uban
★ Wangian Aroma Terapi:
- Memberi kesegaran kepada minda & stress
- Menghilangkan bau hapak pada rambut
★ Minyak Jojoba:
- Merawat kulit kepala yang berminyak atau kering
- Menguatkan akar rambut
★ Minyak Alovera:
- Merawat kulit kepala
★ Minyak Kayu Putih:
- Mempercepatkan minyak serap ke kulit kepala.
- Menghilangkan sakit kepala
- Membantu menghilangkan masalah kelemumur
Macamana nak dapatkan produk cool hijab serum rambut ini? Ok korang boleh terus ke www.facebook.com/CoolHijabOfficial untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut ya. Memang tidak menyesal mencuba produk ini yang nyata berkesan dan membantu menyelesaikan masalah wanita bertudung.
Huii memang memalukan bila tergaru-garu kepala sana-sini. Mesti orang ingat mak kutu la tu haha padahal rambut ni pun banyak juga permasalahannya… Pas ni boleh lah kita sama2 cuba produk ni ye
Memang rambut kena jaga dan dibersihkan selalu. Kalau tidak merata-rata rambut…
Pernah cuba dulu memang bagus.. Bau pun Wangi..
baguslah kalau sesuai untuk kita yang bertudung ni..nama pon ada hijab kan..ada jugalah masanya gatal kepala tu..memang geram je garu2 sampi terkeluar rambut..sekarang je dah kurang sikit..mungkin sebab dah jumpa syampu yang sesuai..
macam best je. rasa nak try la nanti.
Kalau dapatkan 1 ni best juga
best juga ni utk wanita bertudung
Wah!Barang baik ni…sesuai utk kita2 yg brtudung..kdg2 mmg kpla brpeluh dok lama brtudung…gatal jgk kpla