Kempen ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Umum tahu yang mana susu ibu adalah susu yang terbaik buat bayi anda. Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi.
Kebaikan susu ibu kepada bayi anda
Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menyatakan bahawa “Semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja selama 4 hingga 6 bulan yang pertama dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun.
Kepentingan kandungan susu ibu:
- Zat dan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi.
- Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan.
- Melindungi bayi daripada penyakit, contohnya dapat mengurangkan risiko mendapat pneumonia, cirit-birit, otitis media, asma dan penyakit kronik yang lain.
- Zat berubah mengikut keperluan bayi.
- Susu ibu, khasnya kolostrum mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung dari penyakit.
- Mengandungi faktor tumbesaran iaitu dengan merangsang perkembangan otak si manja.
- Tiada pencemaran.
- Mengandungi enzim.
Anda boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses penghasilan susu lagipun pada masa ini bayi anda paling peka terhadap alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, badan kita akan menghasilkan susu pekat yang berwarna kekuningan iaitu Kolostrum. Ianya cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia juga kaya zat dan antibodi yang terbaik buat bayi. Sepanjang tempoh ini bayi akan menyusu mengikut kehendaknya, jangan risau jika susu anda tiada atau kurang. Kerana, lazimnya susu akan mula keluar pada hari ketiga atau keempat.
Terdapat beberapa teknik terbaik untuk menyusukan bayi. Anda boleh menyusukan sambil duduk, berbaring atau serong sebelah mengikut keselesaan anda dan bayi. Ada juga ibu yang mengalami bengkak susu atau kekurangan susu. Dinasihatkan supaya rajin mengurut buah dada dan kerap susukan bayi setiap 2 jam dan susukan dari kedua-dua belah payudara. Yang penting jaga pemakanan dengan melebihkan makanan seperti ikan, daging, ayam, susu, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik kerana
- Penyusuan eksklusif sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung,
- Membakar kalori sehinggan 600 kalori sehari dan membantu melangsingkan badan ditambah dengan membuat senaman.
- Membantu mengecutkan rahim anda ke saiz asal dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
- Mengurangkan risiko mendapat barah payudara dan barah ovari.
- Penyusuan boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Diakui usaha untuk menyusukan bayi secara eksklusif bukan sahaja dilakukan hanya oleh ibu itu sendiri tetapi juga perlukan sokongan dari insan sekeliling termasuklah suami anda sendiri. Para suami perlu memainkan peranan penting untuk memastikan misi ini tercapai. Antaranya ialah;-
Peranan suami
- Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif.
- Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
- Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
- Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa.
- Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
- Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
- Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja-kerja rumah.
- Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
Keluarga sihat bermula dari pendidikan dari rumah kita sendiri. Semoga usaha para ibu-ibu akan sentiasa berterusan dan mencapai misi yang diimpikan. Untuk maklumat lanjut tentang penyusuan susu ibu ini bolehla dirujuk di laman web www.infosihat.gov.my.
akan lebih baik lagi jika lebih dari 6 bulan… good share..
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi yang baru lahir. Alhamdulillah, isteri saya sedang pantang memberi susu ibu kepada bayi kami. Syukur sangat-sangat sebab saya sendiri yang jaga dan uruskan dia semasa pantang ni. Jarang orang lelaki dapat peluang macam ni :).
In Shaa Allah, saya dan isteri akan sentiasa menyokong kempen ini… tak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata ke 4.. 😉
semoga menjadi manfaat kepada semua ibu bapa 🙂
Susu ibu memang terbaik. Rindu nak breastfeeding.
Asi memang makanan terbaik untuk bayi.
Jangan lewatkan informasi seputar kesehatan bayi di Rahasia Ibunda Cerdas