Melompat sakan di Flipout Trampoline Arena, Kota Damansara | Memang dah jadi trend sekarang pulak aktiviti melompat-lompat ni. Saje jenjalan cari pasal area Kota Damansara ni, ternampak ada satu bangunan ni macam ada aura menarik kami ke sana hahaha.
Tipu je hihi, sebenarnya husband saya ni yang ngajak datang sini sebab dia pernah tengoklah diorang duk main lelompat kat sini. Takpela jomlah tengok apa ada kat dalam tu yuk!!
Saya bersyukur sebab Dzar ni jenis minum susu badan dan 2 jam macam tu bolehla nak jenjalan tanpa merengek. Itu setakat inilah, kalau masa depan nanti berubah tak taula ya. Tapi kalau dia merengek pun, saya terus cari port baik, dan terus susukan si manja saya ni.
Bab mendukung, takde masalah, kakak-kakak dia yang berdua tu memang boleh harap. Korang tau ajelah sapa tak suka baby, jap orang ni pegang, jap orang tu nak dukung. Senang citer kalau kat umah saya relaks gak lar, bolehla nak wat kerja lain, seperti tidur sepuasnya hehehe.
Ok di FlipOut Trampoline ni adalah aktiviti sukan yang saya agak memula tu macam sukar sikit nak serasi. Yelah yang penting korang kene tau melompat dan imbangkan badan. Lelama tu saya tengok suami dan anak-anak dah boleh terus melompat memacam gaya. Lompat lurus, lompat pusing badan dan lompat sambil terjun dalam himpunan sponge.
Bayaran untuk masuk adalah seperti tertera di atas untuk tempoh masa 1 jam. Wahh ingatkan sekejap je masanya, walau 1 jam tapi dia punya berpeluh mak aihh macam duduk dalam bilik sauna. Owh boleh kurus jugakla buat mende ni ek, tapi diorang duk kata lepas buat lompatan tu terus jadi pening. Owh saya agak mungkin bila dah berpeluh sakan, air dah kurang dalam badan kot. Lepas tu terus memasing menggagau cari air.
Kitaorang bertuah sebab ada trainer cilik ni. Budak lelaki ni darjah 2, katanya memang tiap minggu dia datang sini. Inipun parents dia tinggalkan dia kat sini sebab hantar abang g tuition kot. Nanti mak dia datangla sini amik dia semula. Cara dia ajar tu memang macam expert sangat, siap ajar suami dan anak-anak melompat cara camni, camtu, cenggini cenggitu. Ecececehhh tengok gaya dia borak ngan laki saya tu, gaya coach sangat kan ;).
Tempat ni besar dan banyak stesen yang disediakan untuk memasing melompat. Ada untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kalau yang menunggu tu ada kerusi dan kipas besar disebelahnya. Tempat ni takde aircond ya, jadi memang cepatlah berpeluh ;).
Saya yang tak melompat ni pun berpeluh dan penat tengok gaya diorang. Ha dah penat melompat Sakan di Flipout ni kan. Dah cukup masa 1 jam, mohle kita balik.
dh byk tmpt ada yg jenis lompat2 ni…mmg berpeluh la kn..sronok gk lompat2 hehe
Fuh…. Bestnya kalau dapat selalu melompat sakan macam ni… Boleh turunkan berat badan… Dapat turun dalam 10kg pun dah ok dah..
Wow..bestnya….ko tak lampat sama ke aju?
Lompat sejam je… cukup ke?
dimana itu tempanya ?
fuhh..
best betul nih. leh sewa bawa budak sekolah nih.
Tempat yang ideal untuk luangkan masa riadah dengan keluarga
Best lah dapat main lompat2. Jauh lah dari rumah.
Artikel yang menarik , seperti biasa ..
Tempat yang ideal untuk luangkan masa riadah dengan keluarga
tak pernah ke sini, tapi nak sangat..
Wow, thanks for sharing all thises. I hate when kids are stuck with the screens.