Persembahan akhir tahun Little Caliph | Semalam anak ketiga saya ni telah selamat menjayakan persembahan Tadika Little Caliph bagi sesi 2015. Persembahan semalam bermula jam 1.30 petang di Dewan SJK (C) Chee Wen Subang USJ 1. Syukurla dalam dewan ni ada aircond, almaklumla dengan bayi kecil ni, risau juga meragam nak tunggu berjam-jam sampai ke pukul 5 petang.
Sambil tunggu dewan penuh dan majlis bermula, sempatla selfie, wefie dan segala fie fie nya. Sekeluarga bergambar dengan penuh gaya dan senyuman. Dah lama tunggu hari bersejarah ni setelah 2 bulan lebih si Adam berlatih main alat muzik gamelan. Diorang ni berlatih di Lantai Seni, Denai Alam, cikgu-cikgu yang bawakan ke sana. Memula dengar Adam kata dapat main gamelan, saya macam tak percaya?
Boleh ke anak lelaki saya ni fokus dan ketuk mende alah tu dengan baik? Hmm itulah insan yang paling aktif di rumah saya. Melompat sana sini membayangkan dirinya macam spiderman. Jadi hari ini kita tengok macamana persembahan Adam dengan alat muzik gamelan ya.
Waktu kami sibuk selfie, Adam sudah dihantar ke cikgu kelasnya untuk dipersiapkan dengan pakaiannya. Kalau tengok itinerary, persembahan gamelan ada 2 kali, pertama waktu pembukaan majlis selepas doa, dan kedua waktu di pertengahan majlis.
Majlis ini dibuat sekali dengan Little Caliph Shah Alam, mmm berselang seli persembahan anak-anak ni. Memasing punya bakat memasing, baik lakonan, hafazan dan tarian ;), comel aje tengok diorang kat atas pentas nun.
Hmm tengok si Adam, memang comel main gamelan. (Paparan video dan gambar agak kabur, dengar lagu udahla ye :)). Pertama kali saya tengok Adam main gamelan ni, terus rasa anak saya sudah besar. Sangat fokus mengingat step by step kod lagu yang dimainkan, nampak yakin dan bersemangat dengan persembahannya.
Bagus, kami bangga dengan Adam!! Tak sangka anak ibu berbakat ;). Patutla kat rumah kekadang Adam mengingat nombor kod gamelannya, sekarang baru tahu lagunya macamana. So sweet Adam!!!
Persembahan kedua adalah coral speaking bertajuk budi bahasa budaya kita. Alahai comel sangat!! Rasa nak duduk tepi stage amik video diorang, apakan daya mampu melihat dari jauh sambil mengendong si kecil Dzar ni.
Syukurla Dzar tak meraung, sempatla tidur 20 minit je sebab speaker kuat jadi tak lenalah tidurnya. Bagi susu badan, dan terus berjaga sambil diagah abah dan kakak-kakaknya.
Persembahan akhir tahun Little Caliph semalam memang terbaik!! Terima kasih buat cikgu-cikgu yang mengajar Adam haikal. Dah boleh membaca, mengira, menghafaz dan mewarna.
Tahun depan Adam adalah antara yang terpilih akan dimasukkan ke kelas Pra Tahfiz 6 tahun, yang mana silibus nya mengikut standard darjah 1. Tahniah adam, ibu abah bangga dengan Adam, walau sangat aktif melasak tapi Adam punya bakat dan fokus dengan apa yang Adam buat. Moga adam terus berjaya ya, kami sentiasa doakan kejayaan Adam, amen.
Amboi selfie sakan dalam hall !
Mujur dzar tak meragam masa konsert abang nya.
Saya pun sedang menunggu konsert anak saya hari ahad ni.
Bagaimanalah rasanya nanti..
Wah…siap ada coral speaking lagi. Tahniah Adam.