Cheese tart sangat sinonim dimakan di hari perayaan, majlis harijadi atau kenduri kendara. Ianya kuih pemanis mulut dan semestinya kalau dah makan satu memang tak bleh berhenti mengunyah.
Siapa yang tak suka cheese tart? Memang rugilah kalau korang tak cuba kuih ni. Dengan rasanya yang rapuh dan lembut, pastinya memikat hati siapa sahaja yang merasanya.
Kalau nak tahu, korang dah boleh buat sendiri cheese tart ni tau. Ni saya kongsikan resepi shell tart tu ya. Mudah sangat.
1 biji Buttercup
1 Cawan tepung naik sendiri
3 3/4 cawan tapung gandum cap bunga Ros
1 biji telur
3/4 gula cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-caranya
1. Pukul buttercup dengan gula sehingga sebati (sampai tak nampak gula)
2. Masukkan esen dan telur. pukul sehingga sebati
3. Masukkan tepung sikit demi sikit. uli dengan tangan sahaja.
4. Uli sehingga doh tidak melekat kat tangan. (boleh tahan lenguh jugak la.hehe)
5. Jangan terus buat shell tart ye. Simpan dalam bekas kedap udara dulu. simpan dalam peti ais minimum 1jam. makin lama simpan, bau wangi shell makin kuat semasa dan siap bakar. Ikut resepi asal, kene semalaman. Saya try sejam je pun dah wangi dah
6. Bile dah nak buat, keluarkan dari peti ais, tunggu sehingga lembut. Tekan doh dalam acuan tart. ikut tebal mane yang suka. (tak perlu gris).
7. Cucuk-cucuk sikit pada permukaan doh yang kat acuan tu dengan garfu. nampak ade lubang2 garfu takpe jangan risau. nanti tengah masak, lubang tu tertutup dah sebab shell tart ni akan mengembang sikit.
8. Panaskan oven suhu 160 selama 10 minit dahulu.
9. Bakar pada suhu 150 selama 13 minit. (bergantung jenis oven). api atas bawah.
10. Jangan risau, shell tart tadi tak melekat kat acuan. senang je die keluar.
11. redai. tunggu sejuk. masuk dalam bekas. salotape keliling penutup. insyaAllah rangup.
P/s : guna tepung gandum cap ros tau.saya dah try pelbagai jenis tepung gandum,cap ros je yang hasilkan shell tart yang rangup. kalau guna acuan tart 4.5, boleh dapat dalam 140-150biji bergantung ketebalan.
Kredit Hani Amiar
Dah tak perlu tunggu majlis raya atau kenduri, bila teragak nak makan bolehla bancuh dan letak bahan-bahan terutama cheese atau buah-buahan tu lebih dari biasa.
Kalau belajar pasti tak tahu kan?
Ebook resepi Cheese Tart
Nak tahu tak resepinya ni? Untuk itu jom dapatkan Ebook Resepi Kuih Cheese Tart yang berharga hanya RM27. Cara untuk membuatnya adalah sangat mudah dan diajar satu persatu sehingga korang faham. Yang penting ikut sahaja step yang diajar tu ya. Kata orang pertama kali buat mesti ada kekurangan sana sini, tapi jika dibuat berkali-kali pastinya hujung jari korang je kan.
Kata orang, untuk maju, kita jangan kedekut untuk keluarkan modal untuk membeli ebook ini kerana korang akan dapat pulangan berganda kemudian hari dengan menjual cheese tart buatan sendiri. Peluang hanya datang sekali dan kalau tak cuba kita pun tak tahu kan.
Ebook cheese tart ini mempunyai 48 muka surat dan di dalamnya mengandungi maklumat seperti;
- Pertama Resepi Blurberry cheese tart
- Kedua resepi tart telur
- Ketiga Resepi tart coklat
- Keempat Resepi tart buah-buahan
- Kos bahan
- Pembungkusan

Semua pun ada di dalam ebook ini, memang mudah
Jadi kalau tetiba teringin nak makan kuih tart, korang dah boleh buat sendiri dan alang-alang buat tu buatlah bebanyak mana tahu boleh buat sampel dan bagi jiran dan kengkawan rasa pulak kan.
Dari situ boleh juga jana pendapatan sampingan dan dah boleh balik modal korang membeli ebook ini. Tak susah nak jana pendapatan sampingan kan, dengan sedikit modal dan usaha, korang dah pun berjaya realisasikannya.
Jadi jangan berlengah lagi untuk dapatkan Ebook Resepi Cheese Tart ini sekarang.
dh lama tk wat cheesetart..order je senang hehe
sedap la dan memang mudah buat cheese tart jika ada panduan yang bagus seperti ebook tersebut
Feveret Cheese tart ni. 😀
fuhh..
macam-macam tart ada nih.
mantapp