Selamat Hari Lahir Suami 11.11.15

Alhamdulillah

Moga panjang umurnya, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah Taala.

Fuh Fuh

Semalam plan dengan anak-anak, nak pergi beli kek untuk abah diorang. Waktu tu dah jam 5:30 petang. Memang kebiasaan pun kami sambut besday memasing sehari awal dari tarikh sepatutnya ;). Nak tunggu detik 12 malam memang takle, dan nak sambut on the same day dah tak surprise sebab dah ramai yang wish. So begitulah kekdahnya kalau nak jadi yang terawal wish besday.

Suami tengah sibuk kemas rumah masa kami nak keluar rumah nak gi beli kek. Syukurlah Allah jodohkan kami berdua, saya ni ada idea deko tapi suami yang realisasikannya. Saya suka ubah-ubah perabot, saya bagitau je, bang aju rasa elok kerusi tu kat sana dan sofa kat sini. Nampak luas sikit bebudak nak berlari. Hmm jap lagi suami saya terus je tolak semua macam saya nak tu, dan kekadang suami pulak yang bagi idea dia. Hmmm seronoklah sebab saling melengkapi. Tapi sejak ada baby, memang suami yang selalu kemas rumah. Seronok tengok rumah bersih lepas vakum, kipas dah cuci, karpet bersih.

Ok, itu cerita bab suami. Waktu suami sibuk mengemas, saya, Dzar, Alia dan Najiha pergi keluar ke kedai kek berdekatan beli sebiji kek.  Adam tak ikut sebab waktu tu dia tidur. Suami pelik sebab saya bagitau nak keluar gi isi minyak kereta, padahal sebelum tu dah isi pun. Mesti dia dapat hidu rancangan saya kan, hmm nampak sangat tak reti nak bagi surprise. Hohoho…Lepas beli kek, sempat lagi kami menyinggah ke 7-Eleven tengok serdak barang seringgit yang tinggal, hmm tinggal habuk je oiii!! Cashier kata, habis kak, diorang semua pukul 11:00 malam dah beratur nak beli barang seringgit tu. Hmm sorang borong berguni kot, memangla xde apa yang tinggal ha.

BACA  Selamat Hari Ibu | Baju Kurung Saiz Besar
Selamat Hari Lahir Bang

Ok dah dapat kek Red Velvet 1/2 kilogram, kami pun pulang ke rumah. Bebudak ni memang excited terlebih nak bagi abah dia surprise. Najiha tutup mata abah yang waktu tu tengah terbersin sakan mengelap kipas. Saya, Dzar dan Alia dari luar rumah, nyalakan lilin dan masuk ke rumah sambil nyanyi Allah Selamatkan Kamu pada suami ;). Holo holo suami kita terharu, tengok muka dia tu, rasa nak tampor je hihihi. Malu dan terharulah ni kan, so suwittt.

Teruja Dzar tengok kan 🙂

Kami semua doakan semoga Imam kami ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan sentiasa dirahmati Allah. Berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kita sekeluarga bertemu semula di Jannah nanti, ameen.

3 thoughts on “Selamat Hari Lahir Suami 11.11.15”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: