Halloooo
Kami dalam perjalanan ke Krabi.
Rasa tak percaya pun ya, betul ke nak ke Krabi ni? Selalu tengok kat tv dan newsfeed FB je, tengok orang bercuti kat pantai cantik. Baru tengok kat drama Tuan Anas Mikael, macamanalah saya tersuka tuan tu kan? Cakap kat suami, macam ni ke Krabi bang? cantiknya pantai dan view dia, sedapnya lempeng yang TAM makan tu.
Lepas tu tak sangka pulak, laki kita ajak gi sana. Konvoi dengan kawan superbike dia, yang kebetulan nak ke sana juga dengan family. Tapi bukan naik flight, sebaliknya……naik kereta!!!! Ya Allah, berjam-jam naik kereta pastinya lenguh pungkuk kan. Dengan askar-askar yang berumur 10,8,5 tahun dan 4 bulan setengah ni. Macamanalah nanti ya.
Saya siapkan tempat tidur selesa dalam kereta. Siapkan makanan, saya tau saya yang lapar nanti, hehehe mengalahkan bebudak. Siapkan semuanya supaya perjalanan yang makan berjam lamanya ini tak terasa sangatlah kepenatannya. Tema percutian ni, relax dan easy, kata suami sayalah. Ok kita tengok santai ke ataupun ke lantai peginya nanti ;).
Kami ambil cuti seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Sebagai nak mengisi masa cuti sekolah dengan anak-anak. Kita mak pak kerja penat untuk anak juga. Sian diorang duduk di transit dan rumah pengasuh. Masa bermanja dengan ibu abah kejap saje kan. Jadi terimalah hadiah percutian ni untuk korang ya anak-anak.
Ok, kami bertolak ke destinasi pertama kami iaitu Taiping, Perak bermula dari Kota Damansara ke Ijok ke Lumut dan Taiping. Suami yang plan semua ni dan saya follow aje, kan best makan angin sekeluarga, tengok tempat orang dan makan makanan sedap.
Kami bermalam di Golden Roof Hotel, Taiping dan kami tak book pun bilik ni. Kira main terjah aje, kata makan angin bersantai kan ;). Harga bilik satu malam untuk Deluxe Suite adalah RM158 untuk katil king dan single. Oklah ni sekadar penyinggahan bermalam di sini. Kedai makan pun banyak sana sini. Murah pun murah ;). Merasalah makan pasembur Taiping.
Untuk hotel pun takde masalah sebab banyak hotel bajet kat sini. Ataupun klik aje agoda, trivago semak pilihan hotel yang ada mengikut kehendak dan bajet poket anda. Syukur juga si baby Dzar ok ok saja, bangun susu tidur, susu tidur semula. Bagus juga susu badan tak perlu bancuh dan basuh botol. Jimat masa dan wang juga ;).
Perjalanan kembara ke Krabi diteruskan lagi, nanti akan di update lagi dengan entri. Semoga selamat perjalanan kami. Wahh pantun pulak ;).
Bercuti ke Krabi dengan kereta – Day 2
Bestnya dapat pergi Krabi naik kereta.. boleh mark untuk nasukkan dalam senarai sasaran destinasi percutian kami yang seterusnya…
Jealous nya akak…kita yg dah dekat sempadan ni pun belum pernah sampai..
Bestnya konvoi ramai².
bace entry orang p berjalan, kite pun rase ade kat sana skali haha….