Ok perjalanan diteruskan lagi.
Pagi-pagi lagi kami semua bersiap meneruskan perjalanan. Dari Golden Roof Hotel Taiping kami meneruskan perjalanan melalui jalan kampung atau jalan dalam. Saje nak lihat suasana kampung, dan jimatkan duit tol. Sambil menyelam minum airlah kan, kat sini makanan masih lagi boleh dikatakan murah dan pastinya sedap ;). Masakan kampunglah katakan.
Setelah bersarapan kami ke destinasi berikutnya iaitu Bukit Bendera Penang. Wah semangat anak-anak nak naik kereta kabel. Dan pastinya lagi seronok naik feri masuk ke Pulau Pinang. Memang excited sangat semuanya. Saya dan Dzar dalam kereta aje, malas pulak nak ambil angin sepoi-sepoi di luar dan pastinya panas kan. Diorang tu bergambar sakanlah di luar ;).
Dan bila sampai di Bukit Bendera, masya Allah ramainya orang. Saya kata pada suami tak mau naikla bang, saya risau Dzar mengamuk tak selesa aje nanti. Jadi kami bergambar kenangan aje. Rupa-rupanya anak-anak pun tak mau naik cable car sebab sesak sangat nampaknya. Baguslah anak-anak, terima kasih sebab tak buat perangai ya. Kalau melalak jenuh pulak ibu abah nak pujuk kamu semua ;).
Oklah takpe jom kita makan sambil memujuk hati ya ;). Kata kawan suami tu, kedai makan seri pumpong Alor Setar tu sedap makanannya. Jom!!! Bab makan memang laju dan itulah nikmat percutian. Mencari port makan yang sedap ;). Tengok ramai orang di kedai ni, dan menunya pun memang banyak pilihannya. Jom try, jangan terliur ya, sila lap ailio korang ;).
Penatnya rasa badan ni. Jadi kami terus aje cari hotel di Alor Setar setelah masing-masing kepenatan berjalan dan jemu duduk dalam kereta. Oklah jom check in hotel bajet di Hotel Samila, Alor Setar yang terletak bertentangan dengan Central. Mudahlah kalau nak window shopping kan, jalan kaki aje ;). Murah pun murah harga bilik ni, RM88 untuk double single bed.
Kami dah ramai, 6 orang jadi memangla sempit untuk 2 katil single tu. Jangan risau, toto kan ada ;). So rapatkan katil dan bentangla toto. Malam tu diorang semua ke shopping mall, tinggal saya dan Dzar melepak atas katil. Dzar tidur, kepenatan dia, sampai terberak 2 kali hari ni. Terkejar-kejar kami cari toilet basuh pekasam Dzar ;).
Syukurla, lelas mandikan Dzar, sapu minyak telon dan krim tropika herbs untuk tidur yang selesa dan lena sepanjang malam, syukur walau terberak tapi tak kembung perut. Ok rehat semua, kembara Krabi akan diteruskan lagi besok ;).
Selamat datang ke Utara Aju..restoran tu memang popular sebab aneka jenis lauknya..sejak anak akak kecik lagi
saya suka juga ke utara, especially kedah. sebab masakannya lebih kurang dengan kelantan
Bestnya pergi Krabi… Tadi baru jer ada kawan ajak konvoi ke Krabi pada minggu depan…. Nasib baiklah isteri saya sedang menunggu hari…. huhuhu
bestnya gi krabi
jalan2 cari makan, memang syok!