Wow penat tapi seronok!!!
Bestla lepak Alor Setar baq ang!!! Hehehe sesekali cakap utara ok tak?? Suami saya kalau layan cakap utara ni memang nombor satu, dia kata kalau kalau pi Alor Staq kepala hang aku putaq, haiii layankan ajelah hahaha.
Oklah jom mulakan perjalanan ke Krabi ya anak-anak. Jam 8.00 pagi kami semua dah bersiap dari Hotel Samila, Alor Setar dan memasing sungguh semangat nak masuk ke Thailand. Pertama sekali bila tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam, suami duk selesaikan urusan passport, insurance kereta dan tukar duit RM ke Baht. Nak cover duit hotel, makan dan belanja buah tangan sikit.
Urusan cop passport di imigresen di sana agak tidak sistematik berbanding Malaysia, dan masa tu barulah sedar betapa untungnya duduk di negara sendiri ;). Kalau di negara kita ada lane khas untuk baby kan tapi kat sana hang beratuq la sama macam orang lain jugak, makan masa sejam lebih jugak ya nak settlekan mende tu. Cuti sekolah ramailah yang berjalan makan angin. Takpela sabaq jela kan.
Bila dah settle bab tu, perjalanan kami diteruskan lagi. Tengoklah highway diorang ni tak macam kat Malaysia kan. Tengok tempat orang macam-macam nak komen ya hihi.
Kami semua berkonvoi 3 keluarga. Ni semua kawan suami, depa kenal masa duk naik superbike. Masing-masing ada anak kecik, yang satu tu 5 orang anaknya, dan satu lagi tu 3 orang. Dan memasing ada baby umur 8 ke 9 bulan. Ada kawanlah si Dzar :).
Konvoi 3 buah kereta dan destinasi pertama kami adalah Hat Yai dan kami singgah di Restoran Chekkar yang sememangnya menghidangkan masakan yang halal. Perut dah lapar, penat juga, jadi marilah kita pi bersantap dulu.
Antara menu yang dipesan adalah tomyam campur, ikan siakap stim, lidah lembu masak merah (dengar tak lalu tapi best jugaklah), kerabu campur, daging masak ala-ala rendang tapi tak tahu apa nama spesifiknya. Sambil makan si Dzar pun minta nenen, saya bab menyusu ni mudah aje cari port terbaik dan susukan dia, sian anak ibu haus dan lapar jugak ya.
Kemudian selepas beratus kilometer perjalanan, kami berhenti sekejap di Trang, Thailand. Ambil gambar kenangan di sini, tengokla memacam gaya yang ada tu. Muka ceria, penat, baru bangun tidur, semua pun ada ;). Letih semuanya, bangun tidur, bangun tidur pun tak sampai-sampai lagi. Kalau tengok signboard tu lagi 157km nak ke Krabi, huiii tak sabarnya 🙂
Jauh memang sangat jauh, sakit dan kebas juga punggung, pinggang dan kaki ni ;). Memang duk terbayangkan bantal ngan tilam je dalam kepala ni. Dan akhirnya selepas 1/2 hari perjalanan kami tiba juga di Krabi Heritage Hotel pada jam 9:30 malam waktu Malaysia. Dari tengahari perjalanan, singgah beberapa kali untuk makan, solat, dan akhirnya sampai juga di penginapan.
Hotel ni adalah berdekatan dengan pantai Ao Nang (jalan kaki pun boleh), street market, malam-malam memang hidup je kat sini. Saya aje yang dah rasa nak pengsan kepenatan. Walaupun duduk aje sebelah driver tapi saya tak tidur tau. Cian plak hubby kita drive sensorang ;). Rate bilik di hotel ini adalah RM280 untuk satu malam, macam biasa ibu, abah dan baby tidur atas katil, anak-anak tidur kat toto kat bawah tu naa!!!
Diorang ni lepas mandi bath tub dan solat, turun bawah tapau makanan untuk saya. Yang bath tub tu memang hari-hari duk sebut nak mandi kolam, nak mandi bath tub, 2 hari sebelum tu kan duduk hotel bajet je, mana ada bath tub, ha sampai je sini, tanggal baju terus terjun dalam tu.
Hmm puasla hati korang ya. Baby memang dah kepenatan dan lena aje Dzar tidur dan tak terganggu pun waktu kami makan makanan tapau tu. Krabi owh krabi, memang memenatkan tapi puas dapat lihat Negara orang. Ok tidurlah mata, besok nak jenjalan lagi :).
wah, syoknya bercuti ke Krabi bawa kenderaan sendiri…jimat tak dari sewa…ada juga plan ke sana nak naik kereta sendiri.
saya dah pernah pergi krabi dan kat memang best.. lagi2x pantai kat sana.
Nama je duduk kat sempadan..tapi tak pernah sampai lg. Berkali-kali dah diajak tapi rasa takut dgn macam2 hal kat sana tu membantutkan segala..
Oooo jenjalan sana ye. Bestnya ???
Bestnya dapat ke Krabi
wah bestnye kak, saya pun penah kesana, kampung saya kat yala thailand…saye g sana pun ikut jalan darat. Tapi naik bas, van and tuk2…
aiii rindunye nak balik kampung…:(
tak sabar nak bace entry pasal krabi lagi…