Wahh bangun pagi tak saberr nak sarapan. Lapar giler kot padahal malam tadi melantak kul 10 lebih kot. Acaner nak kuruihhh??? Dahla malas nak piker bab diet, sebab tengah menyusu badan kan, jadi biarlah saya sebegini adanya :).
Kami jenjalan ni kiranya dah hari ke 4 lah kan. Banyak juga bawa baju kami 6 beranak. Beg bebudak berempat ni sorang satu tau, saya dan suami pakai beg tarik tu je. 5 beg ya kat situ. Takpelah diorang dah besar dukunglah sorang satu. Nasib baik Dzar baby lagik, kalau tak kamu pun kene galas beg sendiri tau hihihi.
Baju yang kotor sebelum tu, hantar pi dobi depan hotel ni je. Caj nya RM3.5/kg. Oklah hantarlah sebab baju yang ada tu pun tak berapa banyak dah. At least ada spare baju lagi kalau ada emergency terberak terkencing ke kan.
So bangun pagi tu kami jenjalan depan hotel ni. Dah banyak kedai yang bukak walaupun baru jam 8.00 waktu Malaysia. Awal korang bisnes kan. Dzar takde masalah, celik mata senyum, baru tidur then kejutkan pun senyum, syukurla kamu tak meragam Dzar. Senang nak bawak pi jalan, bagus kalau baik macam ni, next time kita gi bercuti lagi tau. Boba (beg galas baby) tu pinjam kawan opis kita punya, thank you Diana, memang tak berat dan tak sakit pinggang pakai boba ni. Berbaloi dengan harga ratus-ratus tu kan. Sementara nak sarapan ni kita selfie wefie dulu. Kedai makan halal banyak je tepi-tepi jalan ni. Semuanya orang Islam, dan makanan pun sedap-sedap. Gambar makan takdok sebab memasing lapor terus lupa nak snap sekeping dua, boleh? Bolehla..janji kenyang :). Selepas sarapan kami nak pi jumpe anak sedara jap. hahaha si gajah comel :). Mana lagi kalau bukan ke Krabi Safari Elephant Trekking. Masa ni para bapak-bapak dah plan aktiviti kami. Harga pakej untuk tengok gajah tu adalah 800bath untuk dewasa dan 500bath untuk kanak-kanak. Dan pakej tu juga termasuklah pengangkutan tut-tut dari hotel. 2 biji tut-tut datang untuk mengangkut kami yang ramai ni. Oklah berhimpitlah sikit sementara nak sampai dalam 25 minit perjalanan. Pengalaman yang baru untuk kami naik tut-tut dan naik gajah. Memang menyeronokkan. Diorang bajet saya tak naik gajah ni sebab dukung baby 5 bulan kan. Emmm alang-alang dah sampai sini naik jugalah sebab bila lagi nak merasa kan. Syukurlah Dzar tak merengek dan menangis sepanjang perjalanan trek gajah tu. Mana taknya bukannya laju jalannya macam kuda tu kan. Slow dan terasa berjalan di jalan yang berbonggol-bonggol. Kesian gajah ni, hari-hari inilah rutin dia kan.Trek ni masuk hutan tepi jalan tu je. Lalu pokok getah dengan jalan berlumpur dan berlecak. Siap ada tapak gajah kat situ dah. Kat mana tapak gajah berlubang tu, kat situ jugalah dia pijak. Pandai sangat ni, nanti ibu upah kamu makan pisang ya.
Bila dah naik gajah, ada pertunjukan gajah pulak. Siap gajah tu menari dan dia jerit ho!! Ho!! Ho!!! Terkejut anak aku tengah tido ni hahahha. Bebudak suka sangat tengok gajah tu macam tu. Apa lagi sumbat pisang dalam mulut gajah tu. Takla sumbat, bagi pisang kat gajah, dan gajah tu amik dengan belalai dia. Wahh suke tau!!! Macam tulah latihan diorang ni hari-hari kan. Orang bagi arahan dah tau dan pandai nak buat apa.Lepas pertunjukan tu, aktiviti mandi dengan gajah pulak. Ha yang ni saya dan ibu-ibu yang lain tak ikut. Anak kecik dah meragam nak tidur, penat dan panas bagai. Pak-apak dan anak-anak yang besar je pergi sana. Tengoklah gambar diorang tu kan, seronok dapat bermandian dengan sang gajah. Diorang kata bulu gajah tu tajam, duduk atas badan dia tu terasa bulunya tu cucuk bontot diorang hahaha. Kelakar pulak dengarnya.
Bila dah habis aktivit bergajahan tu, tut-tut tadi juga yang kami naik untuk balik ke hotel penginapan kami. Bebudak ni sambung lagi mandi kat pool pulak. Biasalah bebudak dan air memang takleh nak pisahkan. Oklah bagi chance lah kan, mandilah sepuas hati engkorang ya. Ibu, dan Dzar naik atas dulu. Siap-siap mandi bagai nak pi makan tengahari merangkap makan malam pulak. Wahh best kan. Nasib baik dah makan kenyang-kenyang pagi tadi, sebab habis lambat juga dah dekat kul 3 macam tu. Ok kat sinilah kami semua dok makan bersantap. Tepi pantai Ao Nang, Krabi ni ada gerai jual makanan dan memacam makanan yang hadoo. Makanan bergoreng macam nasi, kue teow, bihun, sup semua pun ada. Kita makan pan cake nutella tapi tak snap gambor sebab hubby kita pergi beli makanan. Balik beli makanan pan cake pun inglekk!! Hahaha, sepanjang cuti ni tak sempat nak pegang handphone sebab ada handbag lagi besar nak dipegang yakni si Dzar hahaha.Inilah aktiviti kami sepanjang hari pertama di Krabi ni. Dari pagi, ke petang ke malam ada aje aktivitinya. Seronok bak ang!! Itulah untungnya pergi bercuti dengan orang yang biasa dengan tempat-tempat kat sini. Kalau kita pergi sendiri haruslah terkebil-kebil mata tak tau nak pergi mana. Ini baru Thailand belum ke Europe, Amsterdam, paris, Korea, Jepun.
Haa, selepas makan petang tu, kami jenjalan kat pasar malam pulak. Yang ni berkereta juga lebih kurang 20 minit dari hotel. Mintak ampun saya lupa nama tempat ni hahaha. Berzaman punya cerita kan, haruslah lupa kakaka. Tiada apa yang kami beli, biasalah bebudak suka aiskrim jadi mak paknya layankan aje. Dapatlah merasa aiskrim kelapa yang enak lagi berkrim. Harga untuk satu ketul ni lebih kurang RM3.00 ke RM4.00 macam tu.Lepas balik dari pasar malam kami terus masuk hotel, waktu tu dah pukul 10.45 malam waktu Malaysia. Diorang tu semua pakat gi urut kat depan hotel ni. Saya dan suami nak join tapi nak tidurkan baby dulu, sudahnya dengan kami-kami pun hanyut. Hahahahha berurut dalam mimpi sajalah. Servis caj urut kat sini lebih kurang RM30-RM35 sejam. Murah kan? Takpelah takde rezeki, balik Malaysia kita bleh gi ngurut lagi dengan tukang urut berpantang dulu, bayar RM50 saja dia datang urut di rumah. Best!!!
Wah, berani betul Aju naik gajah ngan baby sekali. Tak rasa cuak ke hihi ? 😀
Seronoknya jalan-jalan pergi Krabi… Satu hari nanti kalau ada peluang nak bawa keluarga pergi sana jugalah…..
aaaaa…baby kecik pun dibawa naik gajah..