Kem Smart Solat dan Celik Al Quran 2015 | Dua hari blog tak boleh buka, hmmm terover kuota sampai abis digunapakai datanya. Bila blog dah boleh buka, tiada entri terkini pulak. Rindunya nak menulis di blog, banyak benda nak tulis, maklumla banyak kekangan sejak ada anak kecil.
Tak sempat nak tulis blog, tak sempat nak lipat baju, tak sempat itu, tak sempat ini. Yang pastinya nak mengadap baby kecik je, release jap tension. Tengok dia senyum kita pun lupa semua masalah kan ;).
Tension dengan jem sana sini, harga barang naik, macam-macam lagi. Tapi selagi kita boleh kawal dan sabar, kita redha aje, hidup perlu diteruskan. Jadi jalani kehidupan dengan serba sederhana dan gembira dengan orang-orang tersayang. Orang yang serba kekurangan juga perlu dibantu, kita bantu mana termampu, Insha Allah kegembiraan di wajah mereka, kebahagiaan buat kita ;).
Oklah nak cerita bab pengisian rohani dan jasmani buat anak-anak masa cuti sekolah ni. Anak saya yang sulong dan nombor dua ni, saya memang letak di transit (sekolah agama diorang). Yang nombor tiga dan empat letaknya di rumah pengasuh. Saya memang tak sekalikan diorang ni sebab anak pengasuh tu sendiri dah 5 orang, kalau dicampur diorang berempat ni, mau terangkat bumbung rumah pengasuh tu dengan keriuhan dan kekecohan diorang ni nanti.
Lagipun kalau waktu sekolah, Alia dan Najiha ni memang ke transit ni untuk sekolah agama, selepas pulang sekolah kebangsaan, di situlah diorang mandi, bersiap dan makan, faham ya di situ?
Yang bestnya sekolah agama ni, diorang ada buat satu aktiviti Kem Smart Solat dan Celik Al Quran untuk anak-anak berusia 5 ke 17 tahun. Kem ini bermula 30/11/2015 sehingga 12/12/2015 dengan bayaran RM180 dan tambahan RM130 untuk transit pula.
Siapa yang taknak transit tu boleh aje balik ke rumah lepas tu. Kursus ini bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang dan selebihnya diorang ni duduklah di transit sehingga saya atau suami datang jemput. Kalau tengok itinerary memang banyak aktiviti untuk bebudak ni.
Yelah daripada diorang melengung tak buat apa, baiklah diorang ni kami daftarkan ke kem solat ni. At least ada pengisian ilmu di dada mereka. Saya suka bab Latihan Dalam Kumpulan. Diorang kene berbincang tentang satu topik, tulis di kertas mahjong dan kongsikan dengan kawan-kawan lain. Nampaknya si adik lebih seronok dengan aktiviti ni berbanding si kakak yang agak pasif dan pemalu. Seronok Najiha dapat mikrofon dan bercakap dengan tenang dan confident :).
Suami yang beria-ia nak daftarkan diorang untuk program ni, kalau ikutkan bebudak ni takmo sebenarnya. Lagi seronok huha huha dengan kengkawan, lagi satu diorang ni tak berani nak hadapi situasi kem ni, agaknya diorang fikir kem ni boring dan tak menyeronokkan kot. Padahal balik rumah, siap nyanyi-nyanyi lagu yang diorang hafal di sekolah.
Lagu keadilan untuk anak-anak di Syria dan Palestin, siap gaya-gaya bagai, kemudian menyanyi depan adik 4 bulan yang tak paham apa-apa tu, menyengih je adiknya tengok gelagat kakaknya. Wahh seronok korang ya, ha sekarang siap tak sabar nak pergi kem pulak.
Apa aktiviti korang cuti sekolah ni? Saya planning nak habiskan cuti tahunan ni, tapi tak tahu lagi nak kemana. Emmm musim hujan memang terhad sikit aktivitinya, tapi Insha Allah untuk gembirakan anak-anak, dapat mandi-mandi kolam best jugak kan :).
Bagus ada program macam ni. Masa anak2 pon terisi.
pendedahan yang bagus untuk anak anak nieh
tahniah atas post nieh
bestnya kalau ada wang bolehlabur pada perkara manfaat ya dak heee