
Kubang Gajah Mini Water Park
Memang rutin saya dan suami akan pulang ke kampung sebulan sekali. Kami jiran sekampung jadi haruslah kerap balik sebab senang singgah menyinggah rumah saya dan mak mertua. Kebetulan keluarga sebelah suami saya plan nak mandi manda di Kubang Gajah Mini Water Park, Temerloh, adik beradik saya takde sebab kami tak plan ke sini. Takpe kita wat family day kita next time ok ;). Jadi dari KL kami bertolak dan terus ke Temerloh.

Harga tiket Dewasa dan Kanak-kanak
Baru tau kat Temerloh pun ada water park tapi mini ajelah tak macam kat Gambang Kuantan tu. Kat Gambang tu tempatnya lagi luas kan. Harga tiket disini juga murah dan yang paling best boleh bawa makanan luar masuk ke sini. Tiket Dewasa RM10 dan kanak-kanak RM8., bolehla mandi sampai lebam.
Mak mertua bawa nasi, ikan patin, sayur, dan kami bawa kfc bucket. Kat sini tak banyak jual makanan, yang ada pun air, aiskrim dan jajan. Tu yang better bawa bekal.
Sebab tau kalau dah mandi tu mesti lapar je kan. Anak-anak memang win ban mandi kolam, semua bebudak pun macam tu kan. Saya bab mandi ni risau bebudak demam selsema, nak pula si baby Dzar ni. Tapi syukurla si adik tak apa-apa, kakak aje yang demam nampaknya balik tu.

Kakak-kakak dan abangnya dah pandai bawa diri, hilang je dengan sepupu diorang. Tapi kene pesan juga memasing tengok-tengokkan sesama sendiri.
Padahal jari jemari dah kembang kecut lama berendam dalam air ;). Wahh seronok korang ya, asik sebut nak mandi kolam, dapat juga akhirnya ;). Janji korang gembira sudahla. Cuti sekolah ni tak kemana pun, tak tahulah perancangan selepas ni macamana pula kan.
Bestnya… first time tengok mini water park… kalau anak2 saya tengok ni, terutamanya yg perempuan tu, mesti dia nak ajak saya pergi mandi..
Mini water park pun nampak macam best jugak tu ..kadang better pi tempat yang kecik sikit,tak ada la crowded sangat Aju
Mungkin masa akan datang tempat ini akan mampu menarik pengunjung kalau diperbaiki dari masa ke semasa.
Bestnya. Suka lah anak² dapat mandi kolam.
suka si kecik tu masuk kolam
budak2 memang seronok main air, kite kecik2 dulu pun sama gak…