Wah gitu tajuk…
Khamis lepas, umum tahu, adalah hari maulidur rasul yakni hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W. Sempena maulidur rasul, surau tempat kami ni buat sambutan untuk menyambut dan sama-sama mengingati dan menghayati perjuangan Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alang-alang ada majlis ceramah Maulidur Rasul, kami pun decide nak buat majlis aqiqah untuk baby Dzar sekali. Tu yang majlis 2 dalam 1 tu, hmm kalah air 3 in 1 ;).
Saya punya berdebar kalah orang nak buat kenduri kahwin. Sebenarnya majlis ni dibuat di surau dekat rumah kami ni je, maksudnya kat suraulah majlis akikahnya dan juga makannya. Kami tak perlu buat apapun di rumah tu, hanya sediakan bahan-bahan utama masakan untuk dimasak oleh orang surau.
Kami sepakat untuk beli kambing 2 ekor untuk aqiqah Dzar dan harganya RM900 seekor yang dibeli dari kawan suami yang ada kandang kambing di sekitar Kuala Selangor. Menu utama hari tu adalah nasi arab dan kambing masak sup.
Tapi yang di rumah ni tetap juga kene masak kan untuk meraikan adik beradik dan mak yang datang bertandang. Seawal jam 10 pagi saya dah siap masak ayam sambal 2 ekor, sayur petola masak air dan ikan goreng. Biar siap awal sementara Dzar belum bangun, dia tu dah kenal orang, nak dengan ibunya aje ;).
Untung ada anak-anak dara, diorang settle kan bahagian goodies bag untuk tetamu dan kanak-kanak. Untuk tetamu saya bagi air kotak besar dengan sedikit gula-gula, dan kanak-kanak saya bungkuskan snack dan gegula juga. Ini last minit punya kerja sebab memula suami kata tak payah bagi, tetiba katanya elok bagi pula. Saya dah bagitau awal-awal takmo dengar, malas nak bising sebab yang beli tu semua pun suami, jadi layankan aje ;).
Majlis aqiqah bermula selepas solat Maghrib berjemaah dan dimulakan dengan tahnik oleh imam. Suami debor katanya, dan syukur Dzar tak nangis masa imam tahnikkan dia tu. Seronokla dapat makan kurma kan, mana taknya sekarang ni kalau orang makan dia punya mulut bukan main lagi. Sabor ye tak lama lagi buleh le makan bubur tau.
Biarlah 5 gambar di atas berbicara hahahah. Dah malas nak pikir ayatla tu si ajumohit ni kan.Malam tu si Dzar pakai jubah yang dibeli dari FB : Jubah lelaki dan kanak-kanak dan kalau korang juga nak usha jubah ni, bolehla ke FB diorang ni ya. Memang kualiti kain sangat best dan selesa sangat. Kalau tengok material dia, pegang aje dah tau material tu memang terbaik.
Inilah gambar pengantin lelaki genit tu hahahah. Sangat comel, siapa lagi nak puji kalau bukan maknya sendiri kan. Ada sorang lagi baby yang diaqiqah malam tu yakni, baby echa. Dia tua sebulan dari Dzar, dan juga jiran depan umah saya je.
Alhamdulillah syukur dah selesai aqiqah untuk dzar, dan selesai juga majlis tak seberapa ni. Tq buat semua ajk surau dan mereka yang terlibat. Maaf segala kekurangan, hihi macamlah depa baca blog aii kan.
Wah..lama SA x bertandang ke sini tau2 dah ada baby ni…wah…..seronoknya….tahniah..meriah lauk pauk kenduri dan suka style rewang…
Tahniah di atas kelancaran majlis Aqiqah baby Dzar… dah pandai tereenyum dah.. comel.. 😉
Alhamdulillah…majlis berjalan dgn lancar. CUte jubah dzar ☺