Alhamdulillah
#Tq Allah pertemukan saya dengan dia.
#Senior masa sekolah menengah.
#Dari cinta monyet ke jinjang pelamin.
Hahaha teringin juga nak buat hashtag tu tapi jarakkan sebab nanti ada yang tak berapa nak paham membacanya. Saya very the old school gitu.
Korang taukan suami tu senior masa saya sekolah menengah. Waktu tu saya form 2, dia form 5. Suami kata dia ternampak saya waktu meeting ketua-ketua kelas. Ha jangan korang tak tau saya adalah ketua kelas tapi tak garang :). Katanya dia rasa hairan macamana perempuan cantik dan ayu macam saya boleh jadi ketua kelas, giler statement tu mintak pelempang hahaha. Biaq pi lah tak garang pun, mana taknya budak lelaki brutal giler kot, jenis lari sekolah panjat pagar semua. Memang takla saya nak kejar diorang tu kan. Pepandai korangla nak lari ke, lompat ke, merangkak ke, kalau kene tangkap memangla padanla :).
Oklah nak bagitau yang suami kita konsisten memasak dalam minggu ni. Sebelum ni suami beli lauk kat luar, dan memang akan masak nasi di rumah. Tapi kali ni, dengan nasi, lauk, ikan, telur goreng, sayur semuanya dimasak sendiri okey!!! Dan saya adalah sangat terkejut!!! Dan kualiti dan rasa masakan semakin hari semakin sedap dan saya semakin hari semakin sayang kat dia. Alhamdulillah, Allah kurniakan dia yang terbaik buat saya.
Suami memang suka kalau kami makan di rumah sebab makan di kedai hari-hari pun jemu, malah mahal pulak tu kan. So sebagai nak berjimat dan pada masa yang sama menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kami sekeluarga, memang masak di rumah adalah jalan terbaik. Syukur pada Allah saya dan suami bukan cerewet bab makan, kalau dapat nasi dan telur kicap pun cukup bagus dah. Tapi takkan hari-hari menu tu je, jadi kami beli 2/3 jenis lauk, sayur dan buat je sayur campur dan ikan goreng, udang kunyit atau sotong sambal. Bahan tumis semua tu potong-potong dan campak aje.Bila mak pak tak cerewet, maka anak-anak pun nampaknya makan aje apa yang kami masak. Cuma bab sayur tu masih perlu dipaksa lagi untuk mereka telan. Hmmm puas pujuk kata kalau makan sayur kulit cantik, badan sihat, emm tak jalan jugak ;).!!
Suami saya bukanlah jenis pandai masak, dan dulu dia tak macam ni pun ;), tapi sejak ada baby Dzar, dia nampak saya sangat sibuk menguruskan hal anak-anak dan rumahtangga. Suami saya adalah seorang yang pembersih, dia rajin kemas dan vakum rumah. Bab buang sampah dan cuci toilet tu kira bawah jagaan suamilah, dan saya uruskan anak, lipat kain dan tengok drama tv hahahah.Dan dalam masa yang sama dulu saya memasak juga lepas balik kerja. Tapi bayangkan saya sampai rumah dah pukul 6.40 petang atau hampir 7 malam. Mandi, basuh baju, sidai baju, tengok homework anak, siapkan baju dan beg untuk besoknya, tengok-tengok jam dah pukul 10.00 malam. Memang tak sempat nak tengok drama tv. Dan sejak tu, suami dah mula ringan tangan sangat-sangat nak membantu uruskan hal rumahtangga. Perubahan yang sangat menggembirakan saya. Kalau korang tanya apa petuanya??? DOA mungkin :). Biasalah gaduh-gaduh ni kan, tapi saya tiada petua spesifik untuk hal rumahtangga ni dan saya pun bukannya pandai nak cerita bab-bab rumahtangga ni.
Kalau korang perasan, lelaki tidak suka diarah itu dan ini, kalau nak minta tolong, saya akan mulakan ayat dengan, abang nanti tolong sidai kain ya, bang nanti tolong itu ya , ini ya. Korang tau lelaki biasanya takkan buat kerja tu on the spot, diorang tak suka dipaksa, kalau minta buat sesuatu, jangan expect time tu jugak depa nak buat. Jadi kenelah bertolak ansur, itu cara sayalah, setiap pasangan berbeza kan. Dan jangan sesekali membandingkan pasangan kita dengan orang lain, itu PANTANG okay.
Saya seronok dengan perubahan positif ini dan saya harap ianya akan berkekalan. Dulu saya cukup geram suami dengan superbike nya, keluar malam dengan kengkawan. Tapi sekarang saya boleh terima, JANJI dengan SYARAT suami saya janganlah menduakan saya, sentiasa ingat ALLAH dan tak mengabaikan keperluan anak-anak dan saya. Dan kekadang ada juga rasa negative tapi sentiasa ingat dia bukannya milik saya selamanya dan sayangkan dia kerana ALLAH. So automatik ia akan positif, Insha Allah. 🙂 🙂 :)…Dilwale sangat entri hari ini 🙂 🙂
sedap2 tu terutama sayur tu.. fuh
bestnya, mesti sayang suami tu
untung suami ringan tulang camni, sama dengan suami saya seorang pembersih dan kemas orangnya
mudah sikit kerja isterinya kan 😉
betul tu sis. hahah
nampak sedap sangat lauk suami sis masak..untung la suami rajin masak..
wah kawin dgn senior ye..alhamdulillah semoga jodoh berpanjangan sehingga ke jannah..amin…
tak tahan saya liat gambar masakan diatas,, sedap betul 😀
bolehla cuba nnti 😉
biasanya , sekali suami turun dapur.. memang nak hari-hari dia turun…sebab masakannya lebih seda dari kita yang setiap hari masak ni,
untungnya ema, relax skit kita kan 😉
Wah macam-macam disediakan . Sekarang ini tidak pandai masak bukan masalah besar sebab sudah ada bahan yang tinggal untuk ditumis dan ada didalam bentuk pes.
betul tu, cepat dan mudah
ni best degau air tanga suami asik isteri jer jemuh gak ekek..
syukur ya
saya pun ketua kelas jugak yang baik.
hehe..