Cucuk imunisasi baby 3 bulan | Saya memang vaksinkan kesemua anak-anak saya, dan ada juga parents yang tidak mengambil suntikan vaksin ini untuk anak-anak mereka. Saya hormati pendapat dan pandangan masing-masing, dan apa yang kita faham masing-masing mahukan terbaik untuk anak mereka. Jadi apapun pandangan kita, itu hak kita..Malaysia boleh!!!
Susah nak dapatkan stok imunisasi
Okeh nak bagitau yang sekarang ni susah ya amat nak dapatkan vaksin untuk bayi. Vaksin waktu umur Dzar satu bulan, saya ambil di klinik swasta berdekatan dengan rumah. Dan saya tahu kebanyakan klinik swasta memang banyak stok untuk umur sebulan dan 6 bulan. Ok tu takde masalahlah.
Yang jadi masalah bila nak cari vaksin 2 bulan dan seterusnya, saya siap call hospital Tropicana (tempat bersalinkan Dzar Harith), Hospital Sungai Buloh, Klinik Kesihatan Kg Melayu Subang, dan semuanya kata TIADA STOK. Sedihnya, nak nangis pun ada sebab tengok muka si kecil ni, risau nanti kalau-kalau lambat jab nanti kene ulang semula dari awal plak.
Balik kampung nak cucuk anak
Last choice, saya call kakak ipar yang bekerja sebagai nurse di Klinik Kesihatan di kampung saya di Pahang nun jauh di sana. Alhamdulillah masih ada lagi stok jab untuk 2 bulan tu, dan terus saya book satu untuk Dzar dan 25/9/2015 yang lepas kami balik kampung dan dah selamat cucuk peha Dzar. Sekarang ni duk pening pula nak dapatkan vaksin untuk 3 bulan dan sampailah Dzar dah 4 bulan pun.
Klinik Kesihatan Kg Melayu Subang
Duk menggagau lagi call sana sini, last-last kat Klinik Kesihatan Kg Melayu Subang masih ada stok lagi. Nurse tu kata kene buat appointment dulu, jangan main terjah silap-silap korang yang kene maki. Suami yang pergi klinik tu nak ambil appointment pun kene marah sebab nurse sebelum tu tersalah tulis tarikh di kotak yang tak berkenaan.
Alahai itupun nak marah ka? Cakap elok-elok sudahlah, kami boleh pergi klinik sebelum tu dan ambil cop yang baru. Mende boleh settle maa, kalau saya yang hadapi situasi tu, menjawablah saya kat situ. Tapi suami saya ni cool, takde nak marah tak tentu pasal, ternyata lelaki budiman kan dia :).
Tumpang pun boleh 😉
Akhirnya 22/12/2015 yang lepas selamatlah inject untuk Dzar. Nurse tu kata, ini kiranya kami menumpang cucuk kat sini, dan TUMPANG hanya boleh sekali sahaja ya. Alahai lepas ni nak menumpang kat klinik manalah pulak untuk vaksin 4 bulan. Takpe Dzar selagi ada jalan, ibu abah akan usahakan untukmu.
Bila timbang tengok-tengok rupanya Dzar dah 7.3kg, kuss semangat!!! patutla lenguh je tangan-tangan kami yang mendukung Dzar ni. Umurnya dah nak masuk 5 bulan baru dapat jab 3 bulan ni. Takpelah janji ado kan.
Settle cucuk imunisasi baby 3 bulan
Dan nurse tu bagitau, kalau nak sambung cucuk kat sini kene wat buku dan selepas ni check up bulanan kat sini terus. Ok nurse, saya nak!!! Alhamdulillah lepas ni takde masalah lah lagi nak cari vaksin. Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat!!
Ini buku kanak-kanak sekarang, lebih detail, banyak info dan lebih tebal. Lagi sebulan kita datang sini ya Dzar. So untuk korang yang mencari vaksin anak, dinasihatkan hubungi klinik kesihatan di tempat anda, dapatkan tarikh temujanji dan buat buku check up bulanan bayi.
Memang satu yang kita tak suka di klinik kerajaan adalah part menunggu, memang lama dan paling lemah bila baby dah mengamuk nak susu dan tidur. Redha ajela, demi anak-anak kan. Cuti sekolah aritu ada si kakak-kakak boleh temankan saya dan Dzar, lepas ni sendirian berhad la jawabnya ;).
comelnya baby
Sekejap jer dah 3 bulan…. Semoga Dzar lekas besar supaya boleh tolong ibu “mengemas rumah”….
Dulu tak der pon issue vaksin habis. Skang ni majoriti klinik habis stok. Kita tau pon bile member citer. Mushkil jugak sbb apa out of stok.
Kejap jer dah 3 bulan yerp.
sekarang ni macam-macam penyakit…kita kena alert lah vaksin apa yang diperlukan untuk imunisasi anak-anak kecil ni kan…