Dzar sudah 6 bulan daa

Daa 6 bulan dah si kecil kita ni.

Pejam celik pejam celik sekejap je dah pandai meniarap, pusing, ketawa, kenal orang, makan nyum-nyum. Untuk itu 6 bulan jugalah Dzar menyusu badan ibu sepenuhnya tanpa susu formula. Ya Allah terima kasih berikan peluang emas ini, mujurlah susu ibu mencukupi ;). Tapi nampaknya stok susu beku dah tak berapa banyak yang tinggal, kene gigih kumpul stok lagi ni.

IMG_9075[1]
pandai koyak buku 🙂
Dzar dah kenal orang sejak umurnya 5 bulan lagi. Biasalah nak dengan ibu sesaje, bau badan kita pun dia dah tau kan. Saya pun tak boleh nak buat kerja itu ini, hanya melihat dan memeluk dia seorang saje. Bertuah anak ibu ni. Kekadang biar juga dia meniarap sambil letak mainan keliling, bolehla bertahan 20 minit, lebih dari tu dah penat minta dukungla ;).

IMG_9074[1]
Suka ngan Abg Adam
Kepandaian Dzar

  • Dah berjaya meniarap dengan sekali pusing, tanpa ragu-ragu dan boleh toleh ke belakang cari suara orang yang memanggil namanya
  • Dia tau nama dia Dzar Harith hahaha
  • Dah pandai makan, semalam pengasuh kata dia makan nasi impit habis sebijik, haaa? risau pulak saya dengar, harap-harap hadam dengan baikla
  • Dah seronok main air, kalau mandi tu dah pandai nak pegang air paip mengalir, takkan berjaya okay hahaha
  • Kalau dia tengah baring, kita hulur tangan, dia sendiri pandai nak angkat badannya, amboihhh kemain tu
  • Dah pandai berborak, sambil tengok jari dan masuk jari dalam mulut
  • Suka ketawa bila diagah, nak pulak dengan abang Adam, amboihhh seronok dengan kaum sejenis hihi
  • Saya dah letak Dzar dalam walker, dah boleh tolak kaki dia sesikit, tapi dalam tu 10 minit je hihi
BACA  Cuti sekolah | Dapur pun cuti juga

 

cakkk

Seronok tengok perkembangan bebudak ni kan. Hari ke hari suka nak tau apa kepandaian dia. Pastu cerita dengan kakak-kakaknya, terus diorang cuba pulak. Kekakak Dzar ni dah minta saya mengandung lagi, katanya kali ni nak baby girl. Adehh semput kejap ibu, nak beranak lagi?? Hmmm belum masanya lagi dan cukuplah kot 4 orang ni. Ni pun riuh dah sampai nak terangkat bumbung rumah ni rasanya hiruk pikuk tu ngeeee.

Kalau pergi memana mesti orang suka agah dia, lumrahlah tu orang suka tengok baby kan. Siap ada yang nak dukung dan cium, hmmm risau pulak kita. Jangan dibawa lari udahlah 🙂

7 thoughts on “Dzar sudah 6 bulan daa”

  1. Seronok bila ada anak kecil ni..tak sabar nak tunggu progress seterusnya. Tapi at the same time, kita pun berharap jangan la besar cepat sangat..kannn

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: