Hadiah contest dah sampai | Lamanya tak hapdet kan, sampai lupa yang saya ada blog rupanya ya ;).
Memang saya suka sangat join contest, SANGAT OKAY!!! Dan selalunya contest online jela mampu join. Kalau nak ikutkan contest yang guna borang dan pos tu tak pernahla menang lagi. Lagipun jarang join contest macam tu sebab saya dah tak kerap ke hypermarket nak beli groceries, jadi memang tak jumpa dahla borang peraduan tu. Selalu contest guna form ni kene ada bukti pembelian, jadi tak beli maka takdela maknanya kennnn.
Anak dah ramai kan, memang malas nak tawaf market dah. Selalunya kitaorang beli barang dapur kat MyMydin dekat umah ni je. Beli sikit-sikit ikut keperluan je, lagipun harga barang dah naik, memang aim sekarang nak berjimat aje mana yang boleh.
Oklah straight to the pointlah takyah kona sana sini kan. Kita menang hadiah dan hadiah contest dah sampai ;)!!! Giler tak suka kan, haruslah gembira sebab yang join pastinya ramai nak mampus. Memang rezeki anak-anaklah tu. Kira hadiah penutup tahun 2015 untuk naikkan semangat join contest untuk 2016. Tak sangka dari join suka-suka rupanya ada rezeki sangkut nama saya dan kemenangan berturut pulak tu.
Memang berbunga hati ini, dapatlah gembirakan anak-anak kat rumah. Hadiah stabilo tu memang kene kongsi oleh 3 beradik ni sebab confirm berebut kan. Syarat dia hadiah ni anak-anak kene guna kat rumah je, memasing ada hak nak pakai. Syukur diorang paham dan setakat ni takde berlaku pertumpahan air mata lagi ;).
Hadiah Drypers, semestinya huntuk Baby Dzar!!! Budak kecik tu dah pandai borak tau. Geram tengok!!! So ini untuk Dzar, JIMAT duit ibu abah tau. Pastu ni pempes terbaru Drypers dan packaging pun nampak wow kan. Alhamdulillah merasalah Dzar pakai pempes baru ni.
Bawak balik hadiah ni memang suka sangat bebudak tu!!! Hihi semoga semangat korang pun dah terbentuk untuk join contest dan lepas ni boleh amik semangat ibu pulak tau, mana tau boleh menang gajet ke, peti ais ke, basikal ke, boleh jual dapat duit hahahah.
tahniah…mmg syok join contest..nk2 bila dh menang kn…contest yg nk bukti pembelian & kena pos ni, kita join tgk keadaan je…tp byk yg online slalu join
Alhamdulillah…dah tercatat rezeki… ๐
Tahniah… boleh stok beli pampers untuk baby sebulan…
amboi bestnya dapat hadiah tu, tahniah ya
rezeki anak-anak dengan hadiah tu, tahniah
tahniah aju, selalu bertuah. macam mana nak cari contest online ni erkh… bila online fb..jarang sangat nak boleh nampak penganjuran contest ni.
ALhamdulillah….rezeki. Tahniah aju.
waduhh..
rugi plak tak masuk hari tu.
Untung la… tahniah.tahniah… nanti kalau ada kontes lagi cerita la dalam blog… boleh try sama…
Bestnya Aju, boleh saving banyak duit beli pampers anak tu
wah tahniah…blh jimat bajet pampers untuk bulan ni..murah rezeki sis & family…tengok anak2 happy dpt hadiah pn mummy terasa happy kan?? hehe…