Yeay tak yah masak.
Boleh cuti masak sehari.
Sapa tak suka makan kenduri?? Rugilah..Kita dapat undangan kenduri kahwin anak staff kat ofis saya kerja ni. Yang bestnya minggu ni husband kita tak gi naik superbike, yiiiii???
Suke!!!
tapi pelik pulak rasanya beliau tak merempit, seperti ada sesuatu gitteww!! Persetankan semua tu, kerana bagus juga begitu, bolehla pergi kenduri awal pagi kan hihi.
Jam 11 pagi saya dah siapkan keempat-empat anak-anak saya ni. Dari baju, tudung, bag dan segala bagainya. Senang siap awal, pergi kenduri awal, dan balik awal lepas tu bleh rehat kat rumah. Lepas bersiap sempat nak bergambar kat luar rumah, dan macam biasa, bila nak bergambar ada je yang nak enter frame sama. Emmm bertabahlah hati ;).
Nampak tak kat atas tu, tu gaya nak marah si bujang tu sebenarnya. Sampai terpejam mata dengan gaya tangan nak suruh dia blah dari kaca kamera ;). Kalau ada dialog tu lebih kurang cenggini bunyi dia “deyy!!! tepilah!!
Ibu mau bergambar pun kaco ka??? 😉
Adam suka sangat mengusik saya dan kakak-kakak dia, abahnya kawan bergusti dan bertumbuk. Abaikan kasut croc ala2 patung McD hihihi. Akhirnya dapat juga snap gambar dari sisi yang semenggah tapi Najiha pulak enter frame. Biarlah janji ibu elok je dalam gambar tu.
Blouse : Ashh&Annas Boutique
Skirt : Beli kain, upah jahit
Shawl : Zawara
Oklah mohle gerak ke rumah kenduri yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid Kuala Lumpur. Sampai kat sana dah jam 11:30 pagi, yeay orang tak ramai lagi.
Takdelah bersesak nak berdiri cari meja dan nak ambil makanan. Cantiknya pelamin dan juntaian kain di tengah red karpet tu. Time ni Dzar elok je perangai dia maklumlah baru pas minum susu.
Memula saya makan dulu sebab lapor giler, suami pegang Dzar, bila saya dah kekenyangan barulah saya pulak melayan si kecik tu. Baik kemain perangai Dzar, siap borak bagai ya. Si Adam macam biasa bila mood dia nak bersuap, sayalah yang rajin melayannya.
Biasa boleh je dia suap sendiri, tapi semalam dia nak bermanjaan pula dengan ibu. Biasa macam tulah kan, si emak akan pastikan anak-anak kenyang biar macam mana sibuk pun, man taknya kalau tak makan sakit perut, masuk angin, mulalah ibu nak bising kalau diorang mengadu sakit perut.
Macamana pula weekend korang? Semoga yang baik-baik aja ya ;). Adios
Dah lama tak makan lauk kenduri kawin ☺
gantung kuali lahhh
Wah bestnya tengok anak beranak pergi kenduri… ingat kan dah habis.musim cuti sekolah ni takder org buat kenduri.. rupanya masih ada lagi… selamat mkn kenyang2..
lawo kasut aju heee…bby makin dobab 😉
tu dia.
makan kenduri betul-betul nih..
tu dia, best makan kenduri ni
kalau kenduri selamatlah tak payah masak sekejap kan, boleh enjoy gitu
kalau gi kenduri saya paling risau anak2, suka berkeliaran. huhu kena nasihat awal lagi
kalau anak2 berkeliaran, habislah bunga2 orang. huhu itulah cabarannya gi kenduri pada saya