3 Sebab Bonia handbag Masih Bertahan.
Kalau ditanya apakah jenama beg yang paling terkenal dikalangan generasi terdahulu, pasti ramai yang berpendapat bahawa Bonia adalah jenama yang paling terkenal dan digemari ramai. Jenama antarabangsa yang cukup lama bertahan dalam pasaran ini juga telah menambat ramai penggemar fesyen di Malaysia khususnya golongan yang telah berusia.
Oleh itu, tidak hairanlah jika anda pasti boleh menemui butik cawangan Bonia di mana-mana pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Walaupun harga seutas beg Bonia ini boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah individu, namun penggemar beg tangan Bonia mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka masih memilih untuk memilikinya.
Secara purata ada 3 sebab Bonia Handbag tetap menjadi pilihan utama penggemar tas tangan ini.
1. Kualiti
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membeli dan memiliki koleksi beg tangan Bonia, pastinya cukup arif dengan kualiti beg tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini. Kesemua koleksi beg tangan Bonia adalah diperbuat daripada material-material yang original dan berkualiti tinggi sahaja.
Walaupun dijual dengan harga yang agak mahal, namun Bonia sentiasa menjanjikan koleksi beg tangan yang benar-benar berkualiti dan tahan digunakan untuk jangka waktu yang panjang. Jadi walaupun harganya mahal tapi ianya tahan lama setanding kualiti.
Orang kata ‘alah membeli menang memakai’. Memang sesuai pepatah ini.
2. Kepelbagaian rekaan beg yang ditawarkan oleh Bonia.
Bonia menawarkan aneka jenis dan rekaan beg yang praktikal dan versatile kepada para pembeli. Boleh disesuaikan dengan aktiviti seharian.
Anda boleh memiliki koleksi tote bag, sling bag, shoulder bag, purses dan banyak lagi. Kiranya satu jenama, yang mana ianya sangat sesuai untuk dipakai dalam apa jua majlis keraian mahupun ke pejabat dan aktiviti santai.
Dengan warna-warna terkini dan boleh dipadankan dengan warna pakaian. Tak pening nak fikir nak matchy matchy kan 😀.
3. Eksklusif
Dan sebab ketiga adalah koleksi beg Bonia yang sememangnya eksklusif. Terkenal dengan gaya mewah dan tersendiri. Bonia amat menjaga ciri-ciri eksklusif yang telah ditekankan sejak mula-mula lagi diperkenalkan ke dalam pasaran.
Kalau tanya siapa yang sukakan Beg jenama Bonia? Mesti ramai yang angkat tangan ni kan 😄. Mana taknya rekaan begnya cantik-cantik. Mesti rambang mata melihatnya. Warna yang cantik dan dilihat eksklusif menambahkan lagi gaya si pemakainya. Lebih nampak anggun dan feminin.
Untuk dapatkan beg bonia ini anda boleh terus lawati laman web Zalora. Pastinya akan menjanjikan kualiti terbaik dengan warna terkini dan rekaan yang eksklusif. Memang tidak akan menyesal membelinya kerana ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
5 Tips penjagaan handbag
- Sentiasa simpan di dalam dustbag – Biarkan bag diletakkan semula di dalam beg kain yang dikhaskan.
- Susun dan simpan elok-elok – Seeloknya simpan bag di dalam almari bertutup dan elakkan meletak bag di lantai atau di atas almari.
- Simpan di dalam almari yang ada humidifier – Beg-beg kulit terutama yang tinggi kualitinya harus disimpan di dalam almari dan diletakkan sebiji humidifier di dalam almari tersebut bagi mengekalkan tekstur dan warna beg tangan tersebu
- Jangan letak di atas lantai – Elakkan meletakkan beg tangan di atas lantai tak kiralah kat office ke, kedai makan ke atau di mana-mana sahaja. Biasakan meletakkan beg di atas riba, di atas kerusi di belakang korang atau susah sangat, beli je tempat penggantung beg kat meja tu
Senang kata, harganya memang setanding dengan material yang digunakan dan ianya menjanjikan kepuasan kepada si pemakainya. Alah membeli menang memakai :).
betul tu, memang dulu2 bonia terkenal di kalangan penggemarnya. lepas tu bila demam shopping online, ramai beli handbag terus daripada luar negara.
orang perempuan memang suka eh beg bonia?
beli yang original.biarpun mahal tapi puas hati dan tahan lama.
Bonia ni ada tak dompet untuk lelaki jugak? Kualiti mesti puas hati
Rasanya ada Bonia for men. Tapi rare la. Designnya pun kurang ‘men’ la pada saya.
cantik2nya handbag bonia..berkenan pulak tengok..emak ciktom pun 2 bulan lepas dapat hadiah beg bonia dari abang..