3 Sebab Beg Bonia Masih Bertahan, tak rugi memilikinya.

3 Sebab Beg Bonia Masih Bertahan | Kalau ditanya apakah jenama beg yang paling terkenal dikalangan generasi terdahulu, pasti ramai yang berpendapat bahawa Bonia adalah jenama yang paling terkenal dan digemari ramai. Jenama antarabangsa yang cukup lama bertahan dalam pasaran ini juga telah menambat ramai penggemar fesyen di Malaysia khususnya golongan yang telah berusia.

Oleh itu, tidak hairanlah jika anda pasti boleh menemui butik cawangan Bonia di mana-mana pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Walaupun harga seutas beg Bonia ini boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah individu, namun penggemar beg tangan Bonia mempunyai 3 sebab utama mengapa mereka tetap setia bersama jenama hebat ini.

Kualiti

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membeli dan memiliki koleksi beg tangan Bonia, pastinya cukup arif dengan kualiti beg tangan yang dikeluarkan oleh jenama ini. Kesemua koleksi beg tangan Bonia adalah diperbuat daripada material-material yang original dan berkualiti tinggi sahaja.

Walaupun dijual dengan harga yang agak mahal, namun Bonia sentiasa menjanjikan koleksi beg tangan yang benar-benar berkualiti dan tahan digunakan untuk jangka waktu yang panjang.

 

Rekaan pelbagai

Faktor kedua adalah kepelbagaian rekaan beg yang ditawarkan oleh Bonia. Bonia menawarkan aneka jenis dan rekaan beg yang praktikal dan versatile kepada para pembeli.

Anda boleh memiliki koleksi tote bag, sling bag, shoulder bag, purses dan banyak lagi. Kiranya satu jenama, yang mana ianya sangat sesuai untuk dipakai dalam apa jua majlis keraian mahupun ke pejabat dan aktiviti santai.

Dengan warna-warna terkini dan boleh dipadankan dengan warna pakaian. Tak pening nak fikir nak matchy matchy kan 😀.

Eksklusif

Dan sebab ketiga adalah koleksi beg Bonia yang sememangnya eksklusif. Terkenal dengan gaya mewah dan tersendiri. Bonia amat menjaga ciri-ciri eksklusif yang telah ditekankan sejak mula-mula lagi diperkenalkan ke dalam pasaran.

Kalau tanya siapa yang sukakan Beg jenama Bonia? Mesti ramai yang angkat tangan ni kan 😄. Mana taknya rekaan begnya cantik-cantik. Mesti rambang mata melihatnya.


Untuk dapatkan beg bonia ini anda boleh terus lawati laman web Zalora. Pastinya akan menjanjikan kualiti terbaik dengan warna terkini dan rekaan yang eksklusif. Memang tidak akan menyesal membelinya kerana ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Senang kata, harganya memang setanding dengan material yang digunakan dan ianya menjanjikan kepuasan kepada si pemakainya. Alah membeli menang memakai :).

ajumohit: Hi sayalah tuan blog!!

View Comments (6)

Recent Posts