Travel Lobster rm25 @ Damansara Damai February 26, 2016

Spread the love

Jom pergi makan-makan, suami saya ni memang on je bab makan. Saya ngan dia sibuk nak kuruskan badan, bukan apa untuk kesihatan, selain tu nak maintain jek sebab baju banyak dah sendat, huhuhu sedey!! Dalam pada nak kurus, bab makan haruslah dititikberatkan juga, fikir nanti dah sakit, satu apa pun tak leh makan, jadi kita pun melantak jugalah :).

Suami saya offer nak makan kat Damansara Damai, kat Restoran Hase Ikan Bakar. Dia terbaca kat facebook OhBulan, emmm tengoklah pengaruh social media semua ni kan, tengok gambar pun terliur macam hape je. Oklah saya pun ok tak kisah, saya bab makan memang susah nak menolak. Nak pula katanya ada lobster murah, emmm oklah jomla cuba.

Lobster di damansara
harga menu

Facebook : Hase Ikan Bakar
Alamat : F12, Tok Yem Street Mall, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Malaysia
Waktu Operasi : 5:30 Petang – 12.30 tengah malam (Buka setiap hari)
Waze : Hase Ikan Bakar

Kalau tak tau nak cari kat mana, korang waze je macam alamat kat atas ni. Sure jumpa!! Kitaorang sampai sana jam 4.00 petang, rupanya kedai tu 5.30 baru buka, eh kat OhBulan tulis kul 3.00 dah buka, rupanya info kat OhBulan tu salah. Emmm takpelah, lepak kat kedai lain jap sementara nak tunggu kedai tu buka. Nak balik sebab dah alang-alang sampai kan. Jadi melepak kejapla. Bila jam 5.30, kami pi kedai tu semula. Nampaknya diorang masih duk nak siapkan barang-barang masak, dalam 10 minit baru boleh mula order.

IMG_9410[1]
Air oren bancuh dan the o ais
lobster di damansara damai
Inilah Slipper Lobster Grill
IMG_9418[1]
Ai kan pemalu hahaha

So kitorang cuba Slipper Lobster Grill RM25, dan Losbter 3 rasa dengan nasi RM25. Air pula tak banyak pilihan sebab diorang kata nanti makan masa nak buat semua tu. Air yang ada, oren bancuh, the o ais dan air sirap. Makanan tu memang kene menunggu untuk sampai ke meja kita, walaupun tak ramai pelanggan tapi diorang ni agaknya nak prepare yang terbaik untuk pelanggan jadinya menu tu makan masa sikit nak tiba :).

lobster murah
tengok tekstur dia best kan

IMG_9412[1]
ni lobster 3 rasa
Rasa dia memang terbaik dan sedap!! Walaupun size tu Nampak kecil, tapi berbaloila dengan harga dia tu. Kalau baca kat FB memang banyak lagi komen-komen diorang tu. Pada saya bolehla rasa dia tu sebab ini pun pertama kali saya makan lobster. Aritu pernah tertonton kat majalah 3 pasal lobster ni, tapi tu café kat Perak kot macam tu, Alhamdulillah merasa juga nak try si lobster ni. Kalau tengok Nampak kulitnya lagi besar dari isi kan hihihi.

IMG_9420[1]
Sukanya dia 🙂
Kitaorang pun tak banyak order sebab sebelum tu menunggu dah termakan nasi ayam penyet share berdua kat kedai sebelah tu, jadi dah kenyang pulak nak makan lagi. So order set lobster ni 2 set je. Itupun bolehla, nak kata kenyang sangat u takdelah. Oklah untuk korang yang tetiba rasa nak makan kat sini, bolehla search dan jangan lupa datang awal kay. Kalau nak belanja kita pun boleh juga, roger-roger nanti kita jumpa kat sini terus hahahah..oklah bye


Spread the love

Tags : , , , , ,

6 Comments

  • mamatisya posted on February 26, 2016 at 9:51 am

    amy pencinta lobster tp lobster best mkn kt sabah …murah juga ni tp bab nk menunggu lama tu, kalo tk lpr okla kn…kt kl ni yg sedap pernh mkn kt victoria station

    Reply
  • pojokshare.com posted on February 27, 2016 at 12:35 pm

    wow lezatnya nya 😀
    jadi lapar lah liat nya

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on March 9, 2016 at 4:51 pm

    Uishh murah tu RM25 untuk lobster. ada masa nak terjah jugak la nanti.
    Hazmin Hamudin recently posted..Hadiah Hari Lahir Untuk AkuMy Profile

    Reply
  • nikkhazami posted on February 20, 2018 at 9:17 pm

    bestnya seafood mcm ni. kalau mahal tapi portion besar dan sedap takpe.
    nikkhazami recently posted..Punca Trafik Blog Turun MendadakMy Profile

    Reply
  • Hans posted on February 28, 2018 at 1:03 am

    perghhhh
    sedapnya lobster
    terliur tengok
    Hans recently posted..Nasi Ayam Penyet Bulldozer Seri KembanganMy Profile

    Reply
  • Raihanah posted on April 10, 2018 at 8:25 am

    murah jugak tu lobster harga tu. teringin pulak
    Raihanah recently posted..Review Youth Skincare Selepas 21 HariMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge